Sunday, 19 May 2013

ALFATIHAH !! CALON BN DUN SELINSING MENINGGAL DUNIA


Keadaan Sharudin yang terlantar di Unit Rawatan Rapi(ICU) Hospital Taiping sambil ditemani isteri dan ahli keluarga

Ketua Pemuda Umno bahagian Bagan Serai, Sharudin Ahmad yang tidak sedarkan diri sejak tiga hari lalu disahkan meninggal dunia malam ini.

Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi hati, jantung dan buah pinggang setelah dijangkiti bakteria di Hospital Taiping jam 8.30 malam.

Sebelum ini arwah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping kerana mengalami masalah berkenaan.

Calon Barisan Nasional(BN) Dun Selinsing pada PRU13 itu meninggalkan seorang balu dan tiga anak setelah bertarung nyawa pada awalnya di Hospital Columbia Asia sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping.



Ketika menjalani rawatan beberapa pemimpin politik sempat melawat beliau termasuklah Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Ketua Umno Bahagian Bagan Serai, Datuk Zaili Cha.

Pada petang sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir, Umno Bahagian Bagan Serai sempat mengadakan majlis doa selamat bagi memohon agar kesihatan Sharudin pulih.

Kepimpinan Umno Bahagian Bagan Serai sebelum ini sentiasa memantau keadaan Sharudin dari semasa ke semasa.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Tarmizi ketika ditemui menegaskan pihaknya bersimpati dengan keadaan Sharudin yang disifatkannya sebagai pemimpin politik mesra rakyat.

Menurutnya, Sharudin juga dianggap komited dalam perjuangan parti dan sentiasa memberikan yang terbaik sewaktu dipilih sebagai calon BN pada PRU13 lalu.

SINAR ONLINE

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda