Aku tertarik dengan gambar terbaru yang didedahkan oleh oleh rakan blogger Pisau Kedah kali ini yang berjaya menemui bukti bahawa Jam yang dipakai oleh pelaku dalam video berkenaan sama seperti apa yang di pakai oleh Cikgu Pa atau Stopa Spender..
Jelas kan??? Malangnya sampai sekarang Stopa enggan menjawab tentang video berkenaan sebaliknya menyalahkan Umno dalam hal ini.. Sedangkan musuh beliau dalam Pakatan sendiri mahu menjatuhkan Stopa..
Masih ingatkah lagi video Khalid Ibrahim dalam Office beliau yang tersebar tempoh hari?? Kenapa Khalid tidak mahu pihak Polis menyiasat video berkenaan? Adakah itu pun angkara Umno?? Walhal, orang Pkr sahaja mempunyai akses untuk masuk ke bilik berkenaan..Sebaliknya Umno juga dipersalahkan
Politik lucah ini sebenarnya dimulakan oleh pembangkang sendiri.. Ingat lagi isu Pita video lucah DP Vijandran Timbalan Speaker Dewan Rakyat?? Siapa yang mula dedah video berkenaan kalau bukan karpal Singh.. Kes liwat Anwar Ibrahim ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri, siapa yang gelarkan Al jubori kepada Anwar?? Siapa yang desak PM Ayahanda Tun Mahathir ambil tindakkan kepada Anwar?? Fitnah dakwaan merogol remaja terhadap Tan Sri Rahim Tambi Chik oleh Lim Guan Eng?? Sehingga Pkr sendiri mempersoalkan kenapa Dap memohon maaf membuat tuduhan palsu..Baca kenyataan dibawah
Angkatan Muda Malaysia Parti Keadilan Rakyat terkejut dengan tindakkan DAP yang mana telah membuat kenyataan terbuka di Mahkamah Tinggi di sini bahawa tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh pihaknya terhadap Bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Tamby Chik adalah tidak benar dan tidak berasas pada 21 Oktober yang lalu.Bukankah fitnah politik lucah ini dimulakan oleh pembangkang dahulu??
Dengan tindakkan DAP itu Abdul Rahim Rahim Tambi Chik selaku plaintif dalam saman yang difailkan pada 16 Ogos 1999 yang, menamakan DAP, Pengerusinya, Lim Kit Siang dan pengerusi seumur hidup parti itu, Dr. Chen Man Hin sebagai defendan telah menarik semula samannya.
Saman ini berikutan kenyataan DAP mengenai salah laku bekas ketua menteri tersebut. Abdul Rahim menuntut ganti rugi kerana mendakwa defendan-defendan memfitnah beliau melalui poster dalam satu kempen di bawah tema: ``Simpati, Sokongan dan Perpaduan dengan Guan Eng.''
Abdul Rahim juga mendakwa mereka memfitnahnya melalui penerbitan sebuah buku bertajuk Lim Guan Eng in Jail, Second Edition: Malaysian Dream from Kajang Prison (Lim Guan Eng wakil rakyat dipenjarakan, edisi kedua: Impian Malaysia dari Penjara Kajang). Tindakkan memohon maaf dengan mengakui tuduhan itu tidak berasas telah menyebabkan timbul beberapa persoalan dan implikasi , antaranya ;
1. Adakah DAP menipu rakyat apabila dia membangkitkan isu salah laku Abdul Rahim Tambi Chik semasa memegang jawatan Ketua Menteri Melaka ? Adakah beribu – ribu risalah yang diedarkan berkaitan isu tersebut mengandungi risalah maklumat palsu ?
2. atau DAP tidak mempu lagi menghadapi tekanan untuk terus bercakap benar dan mempertahankan Keadilan ?
Jika DAP menyakini kebenaran fakta yang dibawa mereka dan percaya dengan perjuangan Lim Guan Eng sehingga sanggup dipenjarakan maka parti itu seharusnya bersedia mempertahankan kenyataannya. Isu tersebut merupakan isu besar, tindakkan DAP ini boleh meletakkan rakyat dalam keadaan yang mengelirukan. DAP perlu tampil segera memberikan penjelasan kepada rakyat mengenai isu ini !
Salam Reformasi.
“ Mempertahankan keADILan”
BADRUL HISHAM SHAHARIN
KETUA PENERANGAN
ANGKATAN MUDA MALAYSIA
PARTI KEADILAN RAKYAT
chegubard@yahoo.com
Dalam hal ini, Pas perlu melucutkan jawatan Cikgu Pa sebagai Setiausaha Agogo Parti Isle, sehingga pihak berkuasa selesai menyiasat kes ini, bukannya menganggap isu berzina ini tidak penting..Pas sekarang ini dalam dilema antara memartabatkan Islam atau pun melindungi individu yang terlibat dalam skandal seks..
Demi menjaga maruah dan imej Islam yang dibawa Parti, maka Pas perlu buat keputusan tepat dengan membawa isu ini ke dalam majlis syura..
harap siasat juga item2 y perlu2, briefcase, h.set dll..
ReplyDelete