Abang Di dilahirkan dalam keluarga PAS, macam aku. Dia berjawatan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kampung Sg. Pau. Penyokong PAS tegar time tu... Sapa yang marah kat PAS, dialah yang akan bela dan marah balik...heh!
Tapi semua tu dulu laaaa... Paling latest masa aku jumpa dia kat Sik baru-baru ni, dia adalah di antara pemuda yang sanggup turun sampai pukul 2-3 pagi semata-mata untuk berjuang pacak bendera di Kampung Sg. Pau. Heh! Bendera BN pulak tuuuu..!!!
Tengah dia dan kawan-kawannya asyik dok pasang bendera, tiba-tiba ada seorang pencacai PAS datang naik motor dan jerit kat dia..."hang gantung bendera BN ni buat apa? Dapat pahala ka?". Tapi mamat pencacai tu tak berani turun dari motor lepas buat provokasi...heh!
Bukan apa...Abang Di dan kawan-kawan dia kata, kalau ada teloq, turun la dari motor tu...Kita sembang tengok... Lepas tu baru tau dapat pahala ke tidakkkk...kan? Heh!
Aku tanya Abang Di, pasal apa dia keluar dari PAS? Selamba dia kata...saya tak keluar pun dari PAS. Katanya, dia masih ahli PAS sebab dia blah macam tu saja dari parti tu. Dia masih lagi Naib Ketua Dewan Pemuda PAS sebab dia belum dipecat..! Heh!
Tapi dia memang dah masuk UMNO dah. Dia dah serah borang lepas kecewa dengan PAS dan ADUN yang dia pangkah masa PRU ke-12 lalu, Cikgu Ya.
Abang Di masuk UMNO sebab masa dia dalam PAS, dia dapati parti tu asyik dok menipu orang saja, termasuk dirinya sendiri. Abang Di dah banyak kali ditipu. Tapi bila dah melampau sangat, dan dia tak puas hati dengan PAS yang cakap tak serupa bikin, dia blah dari PAS...heh!
Cikgu Ya hanya sekali datang ke rumah dia. Bagi beras sekampit dan suruh pangkah PAS masa berkempen PRU yang lepas. Sekali tu saja Cikgu Ya datang rumahnya. Lepas tu bayang pun tak nampak sampai sekarang...! Heh! Tu la ADUN PAS...beli jiwa dengan sekampit beras...
Cikgu Ya tak pernah turun ke kampung Abang Di lepas tu kecuali ketika majlis penyerahan rumah kat beberapa penduduk Tasik Beris yang memerlukan rumah selepas rumah depa diruntuhkan Kerajaan Negeri.
Majlis tu dibuat sebelah rumah Abang Di. Bekalan elektrik untuk majlis tu pun depa ambik dari rumah Abang Di. Tapi Abang Di tak diajak join sekali dalam majlis tu. Nak tau kenapa? Sebab rumah yang ADUN PAS serah tu ialah rumah Abang Di..!!!
Sebenarnya, Abang Di ni tinggal di rumah yang disewa dari Majlis Daerah Sik. Dah bertahun-tahun dah dia menyewa di situ. Dia dan jiran-jirannya ada kontrak sampai bulan Disember tahun ni untuk terus duduk di situ...
Tapi depa diberi notis oleh puak Cikgu Ya untuk keluar dari rumah sewa tu walaupun kontrak menyewa masih ada. Bukan la Abang Di marah dan masuk UMNO disebabkan rumah tu. Dia boleh cari rumah lain. Tapi padanya, cara Cikgu Ya tu biadap, kurang ajar dan tak berperikemanusiaan...
Kalau nak suruh pindah pun, mai la sembang elok-elok. Bagitahu baik-baik dan kalau boleh sediakan rumah alternatif yang boleh penduduk sewa dan pindah ke rumah sewa baru. Ini tidak.. hantar notis macam nak halau orang saja... tu la dasar kebajikan ADUN PAS di Jeneri...heh!
DUKE OF UMNO
itulah padahnya kalau dok serah kerja kat orang yang tak tau budi bahasa. dia main langgaq ja. Sudahnya, rakyat juga yang sakit hati.
ReplyDeletePRU13 - Najib Pasang Perangkap Atau Cari Nahas? di TendangTerajang