Monday, 8 April 2013

ISU WAN AZIZAH !!! KONFLIK DALAMAN PKR MAKIN PARAH !!



KITA semua tidak akan lupa bagaimana Timbalan Presiden PKR, Azmin yang juga Anggota Parlimen Gombak, mengejutkan semua pihak baru-baru ini apabila berkata yang Selangor akan mendapat Menteri Besar baru bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Azmin berkata, Abdul Khalid lebih diperlukan di peringkat Pusat sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas memenangi pilihan raya umum itu seperti yang tersiar dalam laman web Malaysiakini.

Ini sekaligus mengiyakan spekulasi dan ‘cakap-cakap’ politik sebelum ini yang mengatakan Azmin begitu mengidamkan jawatan Menteri Besar Selangor itu.

Perkara tersebut ibarat kata pepatah Melayu – sudah terang lagi bersuluh!

Walaupun Azmin ‘berlapik’ dengan mengatakan yang Abdul Khalid lebih sesuai di peringat pusat, namun tidaklah sukar untuk mengagak mengapa dia berkata demikian.



Kalau benar Azmin tidak menyimpan hasrat untuk menjadi Menteri Besar Selangor, masakan Abdul Khalid memberikan reaksi yang ‘pelik’ bila ditanya tentang perkara tersebut.

Kata Abdul Khalid, beliau menganggap kenyataan Azmin adalah bersifat peribadi dan tidak mewakili pendirian pakatan pembangkang, pulak!

Kalau kenyataan Timbalan Presiden PKR sendiri TIDAK BOLEH dianggap mewakili pendirian pembangkang, ternyata lekeh benarlah parti berkenaan.

Berbalik pada isu Wan Azizah, semua orang tahu betapa ‘panasnya’ hati Azmin bila dikatakan pula yang isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu akan bertanding di Selangor.

Sudahlah cita-citanya untuk mengenepikan Abdul Khalid belum lagi berjaya, tiba-tiba masuk pula nama Wan Azizah dalam senarai yang bakal bertanding dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ini menyukarkan lagi peluangnya untuk duduk di kerusi idaman berkenaan.

Sebab itu bila Nurul Izzah menganggap berita emaknya tidak bertanding adalah hanya satu cakap-cakap politik, Azmin tidak mengambil masa panjang untuk membidas kenyataan tersebut.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah buat kenyataan crystal clear yang sangat jelas bahawa Presiden tidak akan bertanding,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR sebentar tadi.

Sebenarnya cerita Azmin ‘tak ngam’ dengan Wan Azizah ini bukan cerita baru…ia sejak kes liwat pertama yang dihadapi Anwar lagi.

Ia bermula apabila nama isteri Azmin, Shamsidar Taharin juga dikaitkan mempunyai hubungan dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Tak mengapalah, hanya ‘mereka’ yang tahu apa sebenarnya yang berlaku ‘ketika itu’.

Yang pasti, konflik Azmin-Wan Azizah-Nurul Izzah-Khalid ini nampaknya semakin serius dan boleh menyukarkan lagi peluang parti berkenaan untuk ‘mencipta kejutan’ seperti mana yang mereka sering war-warkan.

Rakyat bukan bodoh…rakyat tahu, sekiranya isu sebegini pun tak mampu para pemimpin PKR ini selesaikan secara baik dan berhemah, bagaimanalah mereka nak menyelesaikan masalah negara kalau diberi peluang ke Putrajaya nanti.

Nasib baiklah insiden Lahad Datu berlaku ketika mereka bukan berada di tampuk pemerintahan.

Kalau tidak, nescaya bukan Sultan Jamalul Kiram saja boleh ceroboh Sabah, penjual sos tiram pun boleh senang-senang berbuat demikian.

Aduh, sungguh menakutkan…- Mynewshub.my

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda