Semalam aku ada menulis tentang kaitan isteri isteri calon Pas dan kaum keluarga pemimpin Pas yang terlibat dalam penyelewengan wang sebuah institut pengajian Islam tersohor di negeri Kedah (klik sini).
Hasil daripada laporan audit dalaman dibawah(gambar), memang terdapat banyak unsur penipuan terancang yang dibuat oleh kaum keluarga pemimpin pemimpin Pas dalam Maktab Mahmud..
Setelah selesai siasatan rapi dibuat, kami TMK dapati terdapat beberapa pekara meragukan dalam beberapa pekara seperti bahan bahan bukti contoh maklumat pembayaran, bukti bukti sokongan pembayaran, rekod kehadiran meragukan, salahguna wang dan kebanyakkan bukti bukti ini dilupuskan lebih lebih lagi melibatkan soal kewangan..
Edisi pembongkaran pagi ini aku mulakan dengan rekod kehadiran salah seorang pegawai, dimana mengikut rekod selama 2 bulan iaitu pada bulan oktober 2009 dan Januari 2010 mendapati kehadiran kakitangan bernama Jamil bin Mat Saad adalah sama setiap hari iaitu tepat jam 7.00 pagi berturut turut selama sebulan..
Langsung tak pernah lewat atau awal.. Pelik !! Belum pernah lagi aku jumpa orang yang setiap hari datang kerja tepat waktunya..
Akhirnya sebab tak puas hati, pihat audit buat spot check pada 26 september 2010 jam 11.30 pagi mendapati rekod keluar Jamil bin Mat Saad telah tercatat pada pukul 15.30 petang..Bermakna orang tu tak ada di pejabat tapi dah ada rekod punch card..
Untuk makluman semua, kunci mesin kedatangan hanya dipegang oleh seorang sahaja iaitu majikan atau pengetua.. Siapa Pengetua Sekolah Maktab Mahmud Pendang?? Sabar !!! akan didedahkan untuk artikel seterusnya..
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda