Tuesday, 23 April 2013

AL FATIHAH !! WARTAWAN RTM MENINGGAL DUNIA SELEPAS DIPUKUL PENYOKONG PAS



Seorang jurukamera sambilan RTM Kelantan meninggal dunia dipercayai serangan jantung selepas berlaku pertengkaran mulut dengan seorang penyokong Pas di luar rumahnya, di hadapan markas parti, di Bandar Lama di sini, awal pagi tadi.

Mohamed Yaakub, 61, yang berkhidmat dengan RTM lebih 20 tahun sebagai jurukamera sambilan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang kira-kira jam 1 pagi selepas sesak nafas.

Kejadian itu berlaku di hadapannya isterinya, Wan Thahirah Wan Ibrahim, 52, yang menyedari selepas mangsa menekan hon kereta beberapa kali sebaik tiba di hadapan rumah kira-kira jam 12.45 pagi sebelum berlaku pergaduhan berkenaan.

Wan Thahirah berkata, beliau yang terkejut bunyi hon kereta suaminya itu bergegas membuka tingkap untuk melihat apa yang sebenarnya berlaku sebelum ternampak halangan sebuah kenderaan pacuan empat roda milik calon Pas Dun Galas itu berada di hadapan rumah.

“Hon yang dibunyikan arwah suami supaya pemilik kenderaan terbabit mengalihkan kenderaan itu ke tempat lain kerana dia hendak meletakan kenderaannya itu berhadapan pintu rumah.




“Sebaik didatangi seorang pemandu itu mengalih kenderaannya terus memarahi arwah kerana tekan hon kereta kuat sangat dan tidak datang memberitahunya untuk mengalih kenderaan,” katanya yang mempunyai tujuh anak.

Beliau berkata, sebaik kenderaan itu dialihkan dan arwah dapat meletakan kenderaan di situ sambil membalas luahan tidak puas hati itu terhadap pemandu berkenaan.

Wan Thahirah berkata, lelaki itu terus menghampiri arwah berhampiran kereta hadapan rumah dan berlaku pergaduhan sebelum beliau menjerit.

Katanya, lelaki terbabit berhenti berbuat demikian sebelum didatangi tiga lelaki dari markas Pas untuk memberi pertolongan dengan menggosok dada arwah dan minta bersabar.

“Saya yang melihat keadaan arwah lain macam bergegas membuka pintu sebelum tiga lelaki itu memimpinnya ke dalam rumah sebelum saya mengurut tempat dia sakit,” katanya.

Beliau berkata, arwah sempat juga menelan ubat jantung, tetapi keadaan bertambah tenat sebelum menghantarnya ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk mendapat rawatan.

“Arwah disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital itu dan saya cukup sedih dengan apa yang berlaku itu walaupun arwah ada mengidap penyakit jantung,” katanya.

Mayat arwah dihantar ke bilik mayat hospital berkenaan untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Papan, petang tadi.

Dalam pada itu, polis mengesahkan kematian Mohamed adalah disebabkan serangan jantung dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, doktor Hospital Gua Musang yang melakukan bedah siasat ke atas jenazah Mohamed mengesahkan kematiannya berpunca daripada saluran darah ke jantung yang tersumbat.

"Siasatan awal pihak doktor dan polis mendapati tiada kesan lebam atau luka di luar fizikal (tubuh) Allahyarham," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Ketua Polis Kelantan bersama calon atau wakil Pilihan Raya Umum ke-13 Negeri Kelantan, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu di sini, hari ini.

Dipetik Bernama, Jalaluddin berkata Mohamed meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang dipercayai antara pukul 2 dan 3 pagi, selepas mengadu sesak nafas
di rumahnya di Bandar Lama, Gua Musang.

Katanya sebelum itu mangsa dikatakan telah bertengkar dengan seseorang yang telah meletak kenderaan di hadapan rumahnya sebaik pulang melakukan tugasan berkaitan PRU13.

"Isteri Allahyarham dalam aduannya mengatakan mangsa telah membunyikan hon agar kenderaan jenis Hilux itu yang diletakkan di hadapan rumahnya itu dialihkan.

"Pemandu kenderaan itu kemudiannya telah mengalihkan kenderaan berkenaan dan selepas itu telah tercetus pertengkaran mulut namun telah dapat dileraikan oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian," katanya.

Jalaluddin juga berkata Allahyarham kemudiannya telah mengalami sesak nafas ketika masuk ke dalam rumah dan memaklumkan mengalami sakit di bahagian dada tetapi telah dibawa ke Hospital Gua Musang apabila keadaannya semakin serius.

"Allahyarham bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia sebaik tiba di hospital. Allahyarham juga mempunyai rekod kesihatan mengenai penyakit jantung yang dihidapinya," katanya.

Sehubungan itu Jalaluddin meminta orang ramai tidak menyebarkan khabar angin mengenai kematian Mohamed itu yang heboh mendakwa disebabkan kerana bergaduh dengan penyokong sebuah parti politik.

"Allahyarham mungkin sebelum itu mengalami stress (tekanan)," katanya.

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda