Friday, 29 March 2013

PAS ALOQ STAQ KEMPUNAN LAGI !!



Tindakkan Pkr mengistiharkan calon mereka di dun Bakar Bata sedikit sebanyak meninggalkan kesan mendalam terhadap kepimpinan pas kawasan Aloq Star.

Kerana selama ini hanya pas sahajà berkempen di dalam kawasan alor star tiada langsung kelibat kelibat jentera pkr mahu pun dap sama sama membantu mereka..

Tetapi, tiba tiba saja Pkr sudah mengumumkan calon yang kurang familiar bagi menduduki kerusi yang menjadi idaman mereka setelah beberapa penggal menyerahkan kerusi itu kepada PKR walaupun tidak pernah mendatangkan hasil.



Seperti diduga, jentera kempen PKR di Kedah kali ini masih tiada.Kita dapat lihat sendiri mereka terpaksa mengunakan jentera Pas untuk berkempen..Pekara ini pernah dibangkitkan sebelum ini oleh penyokong Pas mendakwa Pkr memang tidak ada jentera..Baca komen komen dibawah




Muka baru kurang familiar ini ialah setiausaha akhbar kepada Anwar Ibrahim yang masanya lebih banyak di Kuala Lumpur berbanding Alor Star.

Beliau dilihat sudah berada di Alor Star sejak awal tahun 2013 mengunakan khidmat Pas untuk memperkenalkan diri kepada masyarakat..

Atas sebab itulah, ramai penyokong Pas kecewa dengan tindakkan PKR meletakkan calon di Bakar Bata walaupun sudah tahu mereka langsung tiada jentera untuk bekerja,waima tukang pacak bendera sekali pun..

Kekecewaan mereka ini akan dizahirkan pada hari pengundian..Menurut info dalaman yang diperolehi, akan ada satu gerakan untuk jatuhkan Pkr di Kedah oleh orang tertentu dalam Pas..

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda