Friday 8 March 2013

PANASS !!! #LIWAT2 SIAPA DIPERGUNAKAN OLEH SIAPA NI SEBENARNYA ???



Sebentar tadi bapak Saiful mendakwa anaknya saiful telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk memfitnah bekas majikanya iaitu Anwar Ibrahim..

Kali ini giliran saiful pula mendedahkan bapa beliau sebenarnya telah dipergunakan oleh pembangkang untuk membuat membersihkan nama Anwar..

Saiful Bukhari Azlan mendakwa bapanya, yang pagi tadi mendedahkan anaknya telah dipergunakan oleh pembantu khas pemimpin kanan negara untuk membawa kes liwat kedua ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, "diperguna" oleh pihak-pihak tertentu.

Berdasarkan maklumat SMS Media Umno sebentar tadi, Saiful antara lain berkata, "berikutan kenyataan bapa Saiful yang mohon maaf pada Anwar isu liwat, ini reaksi Saiful - bapa saya diperguna."

Sehubungan itu Saiful berkata, dia tetap istiqamah dan "tak (sama) sekali berganjak."

"Tengah fikir tindakan balas selanjutnya.Saya tak mahu melatah," kata beliau dipetik berkata.

Reaksi secara langsung daripada Saiful masih belum diperoleh.

Bagaimanapun peguam Saiful ketika dihubungi antara lain berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam waktu terdekat.

Bagi aku, kemunculan secara tiba tiba bapa si Saiful ni adalah satu peeancangan untuk alihkan isu penglibatan Anwar di Lahad Datu dan penghinaan Tian Chua terhadap anggota komando yang terkorban dalam serangan penganas..

Tapi apa apa pun kita tunggu kenyataan penuh Saiful lepas ni...

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda