Anwar membuat majlis meraikan perwakilan yang telah mengangkat beliau menjadi Timbalan Presiden Umno dengan menewaskan Allahyarham Tun Ghafar Baba.
Tetamu mula memenuhi rumah banglo seawal Anwar seawal jam 7 petang lagi, selepas magrib hujan lebat mula turun mencurah-curah seluruh Bukit Damansara.
Keadaan cuaca semakin buruk, angin ribut dan kilat sabung menyabung di langit, makanan yang disediakan dalam di khemah-khemah habis bercampur dengan air hujan.
Tetamu mula melarikan diri. Lebih kurang jam 8 lebih Tun Mahathir sampai di perkarangan rumah Anwar dan dengan pantas Azmin Ali menyambut Tun Mahathir dan sambil memayungi Tun Mahathir. Anwar keluar dan menyambut Tun.
Sebaik sahaja kedua-dua pemimpin UMNO itu bersalam, satu kilat yang amat kuat bergegar di langit dan menyebabkan seluruh Bukit Damansara bergelap. Anwar terus memegang payung dan membawa Tun Mahathir masuk ke dalam rumah.
Dalam khemah-khemah lilin dinyalakan untuk menerangi suasana gelap. Penulis berkata kepada rakan yang sama-sama datang dalam sebuah kereta " Tengok, apa petanda yang ditunjukkan oleh Allah pada malam tu", Apakah ini petanda satu perkara buruk akan berlaku dalam UMNO?
Pada ketika itu kumpulan yang kalah seperti Tun Sanusi, Tun Ghafar dan ramai lagi berada di satu lokasi lain meratapi kekalahan mereka. Cuma penulis agak tergamam apabila dalam ucapan penutup Tun Sanusi telah membawa beberapa helai note RM1, RM10, RM50, RM100, RM500 dan RM1000 sambil menyindir Anwar yang menggunakan wang dan merasuah perwakilan untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO. Ucapan Tun Sanusi boleh didapati dalam buku karangan beliau.
Baca seterusnya
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda