Sunday, 10 March 2013

PANASS !!! 4 TAHUN ALIRAN TUNAI KUIN NEGATIF !! AZIZAN & JAMIL MASIH KATA TAKDAK MASALAH ??



Nampaknya makin terbukti apa yang diperjuangkan oleh kakitangan kakitangan tentang penyelewengan dalam KUIN sepanjang Pas mengambil alih pemerintahan Kedah sudah nampak hasilnya apabila hari ini KUIN didenda sebanyak RM 272 ribu kerana membawa masuk pelajar dibawah kelayakkan

Kolej Universiti Insaniah (Kuin) dikenakan kompaun sebanyak RM272,000 oleh Kementerian Pengajian Tinggi kerana mengambil 34 pelajar di bawah syarat kelayakan masuk yang menyalahi Seksyen 40 (1) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Akta 555).

Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Datuk Prof. Dr. Rujhan Mustafa berkata, kolej universiti tersebut perlu menjelaskan tawaran kompaun itu sebelum 26 Mac ini.

Katanya, jika gagal berbuat demikian, tindakan undang-undang akan diambil ke atas Kuin di bawah Seksyen 40 (2) yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sebanyak RM50,000 setiap pelajar atau enam bulan penjara.

''Setakat ini pengurusan Kuin berjanji akan menjelaskannya sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan,'' katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan mengejut ke kolej universiti itu di Mergong di sini hari ini.


Sejak diambil alih oleh kerajaan Pas Kedah pada 2008, Kuin dilanda pelbagai isu antaranya melibatkan kebajikan pelajar dan kakitangannya dengan yang terbaharu pengurusan tertinggi kolej universiti itu didakwa menggunakan bangunan kuliah di kampusnya di Kuala Ketil sebagai penginapan sementara pelajar.

Baru-baru ini, kakitangan Kuin meminta Kementerian Pengajian Tinggi campur tangan bagi menyelesaikan krisis kolej universiti itu yang berlarutan sejak sekian lama.

Menurut Rujhan, pihaknya turut mendapati aliran tunai Kuin adalah negatif selama empat tahun sehingga 2010 dan memaklumkan supaya pengurusan kolej universiti itu berbincang dengan Pengerusi Lembaga Pengarah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Menteri Besar agar meneliti perkara berkenaan dengan segera.

Katanya, Kuin turut diberi peringatan supaya mengambil berat kebajikan kakitangannya bagi menjaga moral mereka dan pihaknya sedang menunggu penjelasan bertulis daripada pengurusan tertinggi kolej universiti tersebut sebelum menentukan tindakan selanjutnya

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda