Saturday, 2 March 2013
#LAHADDATU !! KERAJAAN FILIPINA MAHU PENGIKUT SULTAN SULU ELAK PERTUMPAHAN DARAH
Kerajaan Filipina berharap kerabat Sultan Jamalul Kiram III dan pengikut mereka akan bekerjasama dengan Manila bagi mengelak sebarang pertumpahan darah selanjutnya susulan perkembangan semalam di Lahad Datu, wilayah timur Sabah.
Dua komando polis Malaysia dan 12 anggota kumpulan penceroboh terbunuh dalam pertempuran semalam susulan insiden menceroboh wilayah Sabah pada awal bulan lalu.
Setiausaha Pejabat Pembangunan Komunikasi dan Perancangan Strategi Presiden Filipina, Ricky Carandang berkata, masih ada peluang untuk mencapai penyelesaian secara aman susulan pertempuran semalam.
"Ada ruang peluang yang kecil untuk mencapai penyelesaian secara aman di Lahad Datu; kami mengambil setiap usaha untuk menggunakan peluang itu, dan kami berharap kerabat Kiram dan pengikut mereka akan menggunakannya bersama kami, agar pertumpahan darah seterusnya dapat dielakkan," kata Carandang dipetik portal Phil Star hari ini.
"Kami kesal dengan kehilangan nyawa," kata Carandang kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan presiden dan pegawai-pegawai kanan malam tadi.
Carandang berkata, insiden pencerobohan di Lahad Datu tidak boleh dianggap sudah selesai kerana pasukan tentera Malaysia dan pengikut kumpulan penceroboh masih berada di kawasan tersebut.
Sebahagian kecil penceroboh dilaporkan sudah melarikan diri ke kawasan perairan.
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda