Tuesday, 12 March 2013

GAGAL TUNAI JANJI !! LIDAH ANWAR DAN GUAN ENG SAMA MACAM BIAWAK


Inilah perangai  anwar bin ibrahim, bila Kerajaan Dap gagal bina rumah mampu milik di Pulau Pinang dia salahkan Kerajaan Pusat kononnya kerajaan Dap hanya sediakan tanah..

Cakap berbelit belit macam lidah guan eng jugak si tua kutuk ni.. Kalau semua salah Kerajaan Pusat, habis tu kerajaan Dap buat apa untuk rakyat?? Naikkan harga tanah dan harga rumah mampu milik hingga 400 ribu keatas??

Kalau dah tak boleh nak laksana manifesto untuk rakyat, baik tak payah jadi kerajaan.. Serah saja pentadbiran negeri Pulau Pinang kepada Kerajaan Pusat habis cerita..


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuding jari ke arah kerajaan Pusat berhubung kegagalan kerajaan DAP Pulau Pinang menyediakan perumahan mampu milik kepada rakyat negeri ini.

Sambil cuba menutup kelemahan kerajaan negeri, Anwar berkata tanggungjawab membina rumah untuk golongan berpendapatan rendah itu terletak di bahu kerajaan Pusat.

"Sepanjang lapan tahun saya menjadi Menteri Kewangan, tanggungjawab membina rumah mampu milik ini adalah tanggungjawab kerajaan Pusat.

"Kerajaan negeri hanya menyediakan tanah sahaja dan pembangunan dilakukan oleh kerajaan Pusat," katanya ketika berucap di Majlis sambutan ulang tahun kelima pemerintahan kerajaan pembangkang di Pulau Pinang di Padang Kota Lama, di sini hari ini.

Bagaimanapun, Anwar tidak pula menjelaskan bagaimana kerajaan negeri begitu rancak membina rumah-rumah mewah dan "rumah mampu milik" yang berharga RM400,000 ke atas yang menimbulkan rasa gelisah di kalangan orang Melayu di negeri itu.

Sementara itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam majlis sama terus menabur janji manis untuk membina tambahan 3,000 lagi unit rumah mampu milik di bahagian pulau.

"Saya telah arahkan Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mencari tanah bagi pembinaan projek berkenaan," katanya.

Janji Guan Eng itu juga seolah-olah cuba melegakan rakyat sedangkan projek perumahan yang dilancarkan sebelum ini masih belum menampakkan sebarang bayang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda