Saturday, 16 March 2013

BERAPA JUTA SUARAM BAYAR LANUN SULU ??



Bekas Pengasas PKR Dakwa, Penceroboh Sulu Dibiayai oleh SUARAM

Kegagalan pemimpin utama PKR, Anwar Ibrahim yang dikatakan sebagai pemimpin ‘anugerah tuhan’ oleh isteri kesayangan suatu ketika dahulu untuk menjawab semua dakwaan berhubung insiden berdarah di Sabah semakin menimbulkan tanda tanya. Malah media Filipina, The Enquirer sebelum ini juga dilaporkan telah menghubungi Anwar bagi mendapatkan reaksi berhubung dakwaan tersebut, namun ditolak atas alasan terikat dengan jadual program yang padat.

Walaupun Anwar mengatakan, berjanji akan menghubungi semula wakil media tersebut bagi memberikan kenyataan, namun sehingga ke hari ini dia masih lagi ‘bersandiwara’ untuk mengelak dari memberikan sebarang maklumbalas. Sedangkan, mengikut logik akal, jika benar Anwar tidak bersalah dan ingin membersihkan namanya, perlawaan The Enquirer itu boleh digunakan untuk menolak dakwaan sebelum ini.

Terbaru mantan salah seorang pengasas parti PKR, Ng Lum Yong mendedahkan mengenai satu email yang diterima dari salah seorang kenalannya di Manila. Menurut Lum Yong, kandungan email tersebut antara lainnya mengatakan kumpulan penceroboh bersenjata di Sabah telah dibiayai oleh SUARAM, salah satu NGO yang berdaftar di Malaysia.


Lum Yong mendakwa, rakannya itu turut mendedahkan sebanyak USD 2 juta telah disalurkan oleh SUARAM kepada kumpulan tersebut untuk membuat rancangan dan anasir jahat di Lahad Datu.

“… semua benda telah dirancang, saya terima satu email dari Manila (yang mengatakan) insiden di Lahad Datu dibiayai oleh sebuah NGO tempatan (sebanyak) 2 juta USD. Dan NGO yang dimaksudkan ialah SUARAM” dedah beliau ketika menyampaikan ceramah di Dataran Bukit Antarabangsa baru-baru ini.

Sekiranya dilihat dari fakta sebelum ini, dakwaan Lum Yong ini ada asasnya. Ia berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terhadap Suaram berhubungdakwaan menerima dana asing sebanyak USD 100 juta sejak dari 2007 dari Yayasan Open Society Institute bagi menganjurkan protes jalanan.

Selain dari itu, NGO tersebut sebelum ini turut didakwa memberi rasuah kepada penjawat awam bagi tujuan untuk mendapatkan maklumat dan rahsia kerajaan. Mereka juga sebelum ini sering mendakwa tidak mempunyai sebarang agenda dan kepentingan politik, namun umum mengetahui Naib Presiden PKR, Tian Chua pernah menjadi Pengarah Suaram pada tahun 2003.

Hasil siasatan yang dilakukan juga, membuktikan yayasan tersebut dimiliki oleh penyangak matawang dunia George Soros yang pernah suatu ketika pernah hampir menjahanamkan ekonomi Malaysia.

Lebih memeranjatkan, Tian Chua juga sebelum ini pernah mengaturkan pertemuan antara George Soros dengan Wan Azizah, Azmin Ali, Khalid Jaafar dan Elizabeth Wong.

Malah sekiranya dilihat dari kelengkapan peralatan dan senjata yang dirampas dari kumpulan penceroboh, ia bukanlah satu kumpulan yang dikatakan hanya ingin menuntut hak untuk tinggal di Sabah. Tetapi ia adalah merupakan satu kumpulan yang telah dibentuk sejak sekian lama untuk satu objektif iaitu mencetuskan hura-hara di dalam negara ini.

Anwar sebelum ini, pernah cuba menunjukkan sikap ‘kejantanannya’ dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak Utusan dan TV3 atas dakwaan fitnah jenayah. Oleh yang demikian, bagi membuktikan bahawa Anwar benar-benar seorang ‘jantan’ ada baiknya untuk dia agar turut mengambil tindakan undang-undang terhap Ng Lum Yong.

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda