Menurut penganalisis politik, Dr Firdaus Abdullah kedua-dua negeri berkenaan seolah-olah ketandusan aktiviti sektor ekonomi sumber lain dan bergantung semata-mata terhadap hasil balak.
"Seakan-akan mereka bertindak tanpa nasihat pakar ekonomi.
"Mereka bertindak tanpa kemahiran melakukan langkah-langkah penjanaan modal tanpa kemahiran, tanpa nasihat, itu silapnya," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi.
Firdaus selain itu menambah, PAS yang memerintah di Kedah dan Kelantan dilihat taksub mengaut keuntungan melalui hasil pembalakan sekali gus dikhuatiri akan menggadaikan tanah dan hutan simpan.
Tambahnya, tindakan ini adalah bertentangan dengan usaha pemuliharaan alam sekitar sepertimana yang dicanang dalam janji Pakatan Rakyat pada himpunan pembangkang 12 Januari lalu.
"Kita amat sedih kerana barangkali kerajaan negeri mendapat keuntungan serta merta daripada tindakan memajak tanah untuk pembalakan.
"Mereka lebih banyak termakan pujuk rayu kepada pihak yang berkepentingan ekonomi atau politik. Kita sangat kesal tindakan pembalakan yang sangat berleluasa itu yang bertentangan dengan semangat pemuliharaan alam sekitar," tambahnya.
Pertubuhan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) baru-baru ini mendedahkan kerakusan kerajaan negeri Kelantan memberi konsesi pembalakan tanpa kawalan kepada beberapa syarikat untuk tujuan pembangunan pertanian mega dan 'Ladang Rakyat'.
Presiden Ombak, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad mempersoalkan tindakan kerajaan negeri itu yang sehingga kini masih merahsiakan perkara sebenar mengenai aktiviti pembalakan di kawasan selatan Kelantan.
Sementara itu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas menegaskan kerajaan negeri Kedah dalam tindakan sama juga sepatutnya mematuhi setiap peraturan dan prosedur yang ditetapkan oleh Majlis Tanah Negara.
Menurutnya negeri-negeri tidak dibenarkan membuat penebangan melebihi 500 hektar dan jika hendak berbuat demikian, laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) perlu disertakan.
Namun Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebaliknya menuntut pampasan daripada kerajaan pusat berjumlah RM100 juta jika mahu Kedah menghentikan aktiviti pembalakan yang menjadi hasil utama pendapatan negeri itu.
Sumber
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda