Wednesday, 13 February 2013
RATUSAN RIBU EKAR TANAH KELANTAN DI GONDOL
Ratusan ribu hektar tanah di Kelantan didakwa digondol secara rakus untuk pembalakan sehingga menyebabkan kemusnahan khazanah hutan negara.
Antara kawasan paling teruk diterokai adalah Dabong, Bertam, Lojing, Kuala Betis, Hulu Sungai Brok, Hutan Simpan Sungai Satar dan Pergau.
Ia ditemui oleh pertubuhan bukan kerajaan, Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) yang merakamkan bukti melalui tinjauan menaiki helikopter baru-baru ini.
Presidennya, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad, mendakwa berlaku penerokaan tanah yang dashyat sehingga menyebabkan hakisan dan sungai tercemar.
"Tanah yang digondolkan di tengah hutan dan orang ramai tidak nampak jika melalui jalan raya," katanya.
Dalam majlis itu, Wan Khairul mendedahkan bukti itu melalui rakaman gambar dan video.
Katanya, kawasan yang paling teruk adalah Dabong diikuti Bertam dengan beberapa bukit digondol untuk pembalakan.
"Kerajan negeri perlu tampil dan menjelaskan berapa banyak tanah yang sudah diberikan kepada syarikat pembalakan. Isu tanah ini perlu diperhatian agar kita tidak merempat dibumi sendiri.
"Jika Menteri Besar, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, mahukan bukti, saya rela hati menyerahkannya," katanya.
Wan Khairul juga meminta Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Pejabat Tanah dan Galian Kelantan tampil membuat penjelasan.
Beliau juga bersimpati dengan nasib masyarakat Orang Asli yang dihimpit masalah tanah dan air.
"Orang Asli berdepan ancaman air sungai kotor dan tanah mereka diambil pihak tertentu kerana itu adalah punca pendapatan dan keperluan asas mereka," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamaed terkejut melihat rakaman gambar dan video berkenaan.
"Sudah pasti banyak perkara yang tidak diketahui rakyat. Ini penting diketahui kerana kita nak jaga hasil, nak pastikan bahawa masa depan anak cucu kita terpelihara, bukan hanya untuk kita pada hari ini, tetapi lebih penting harta itu diuruskan dengan mampan," katanya.- Berita Harian
mengucap panjang masa tengok tinjauan TV3 melalui udara tadi !!!! Ya allah hancur hutan yang dah berusia ribuan tahun itu disebabkan TAMAK oleh PAS !!!
ReplyDeleteHANCUR PAS, KO PAS .. !!!
HANCUR PAS, KO PAS .. !!!
HANCUR PAS, KO PAS .. !!!
HANCUR PAS, KO PAS .. !!!