Tuesday, 5 February 2013

PEGAWAI KHAS EXCO BUKIT SELAMBAU DI SERANG SAMSENG PARTI SENDIRI !!



Nampaknya perebutan kuasa dan jawatan dalam PKR di Bukit Selambau Kedah sampai ke kemuncaknya apabila pegawai Khas adun Bukit Selambau S Manikumar (PKR) telah diserang oleh salah seorang pemimpin PKR..Cerita ni aku petik dari Blog Media Kedah

Panas !!! Pisau Kedah dapat maklumat dari pihak dalam PKR menyatakan Pegawai Khas Adun Bukit Selambau, S Manikumar ( PKR ), K Suppiah telah membuat laporan Polis di IPD Kuala Muda baru-baru ini setelah di serang dan di ugut oleh salah seorang pemimpin PKR .

Pemimpin PKR tersebut adalah K. Vasanthakumar. Kejadian itu berlaku ketika Pegawai Khas Manikumar sedang makan di sebuah gerai di Jalan Sekerat, Sungai Petani.

Di katakan punca berlaku serangan tersebut adalah ketidak puasan hati Vasanthakumar terhadap Manikumar yang di khabarkan telah berjumpa dengan bekas calon MIC PRK Bukit Selambau, S Ganesan dan Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, R.S Thanenthiran semasa sambutan Thaipusam baru-baru ini di Sungai Petani

Bagi Pisau Kedah, punca Pegawai Khas Manikumar di serang, bukannya hanya kerana perjumpaan berkenaan tetapi di sebabkan isu ingin jadi calon di kawasan DUN Bukit Selambau.
.



Siapa K Vasanthakumar ??

K Vasanthakumar, ahli PKR Jerai merupakan individu yang sebelum ini di katakan bakal mengantikan Manikumar untuk bertanding di kawasan DUN Bukit Selambau pada PRU 13 setelah Manikumar sebelum ini pernah membuat pengakuan tidak akan bertanding lagi di DUN Bukit Selambau pada PRU akan datang.

Namun pengakuan yang di lakukan Manikumar hanyalah omong kosong saja apabila baru-baru ini dia membuat pengakuan kepada penyokong PKR akan bertanding lagi di kawasan DUN Bukit Selambau pada PRU akan datang.

Di Sebabkan pengakuan itu, K Vasanthakumar merasakan kurang senang dengan tindakan yang di ambil Manikumar sehingga pernah berlaku peristiwa bertikam lidah di antara kumpulan masing-masing sehingga la sampai kemuncaknya apabila K Vasanthakumar menyerang pegawai peribadi Manikumar dan mengugut akan mencederakan pegawai khas Manikumar dan akan mendedahkan penipuan Manikumar terhadap Kerajaan Negeri sekiranya terpaksa.

Pisau Kedah Tertanya-tanya apakah benar Manikumar menipu Kerajaan Negeri seperti yang di perkatakan K Vasanthakumar atau K Vasanthakumar berniat memburuk imej Manikumar ?

Yang pastinya kini telah berlaku perpecahan dari kalangan penyokong PKR di bukit Selambau. Sehinggakan segelintir penyokong PKR dah bosan dengan PKR.

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda