Tuesday, 19 February 2013

PAS KELUAR PAKATAN ??? BOLEH CAYA KA NI ??? TUIH


Jangan terkejut selepas ini jika PAS sekali lagi buat pusingan U apabila Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti pimpinannya itu tidak ragu untuk keluar dari Pakatan Haram dalam masa terdekat.

Menurutnya, PAS akan terus bergabung dengan DAP dan PKR selagi pakatan pembangkang itu mampu mempertahankan Islam.

Namun jika pakatan di antara PAS, DAP dan PKR itu terbukti merugikan Islam dan kepentingannya di negara ini, partinya itu tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan Pakatan Haram.

“Pas beri jaminan kerjasama Pas dengan DAP dan PKR selagi dapat pertahankan Islam, tetapi sekiranya kerjasama itu merugikan Islam, Pas akan keluar dari pakatan rakyat (pembangkang), tiada ragu-ragu lagi”, – Hadi Awang, Kampung Banggol Peradong, 16 February 2013.

Anda percaya dengan kata-kata Hadi itu? Benarkah dia berani membuat keputusan untuk keluarkan PAS dari Pakatan Haram?



Sudah lebih dari lima tahun PAS “bersenggama” dengan PKR dan DAP. Sudah bermacam-macam kes yang menunjukkan parti pimpinan Hadi itu diperkotak-katikkan seperti “keldai” suruhan. Sudah teruk PAS dibuli sakan…

Hasan Ali dipecat Anwar dari luar. Hanya kerana mempertahankan aqidah umat Islam di Selangor, bekas Exco Agama di bawah pimpinan Abdul Khalid “Gagap” itu dipecat begitu saja hanya kerana Azmin bersuara marah padanya…

Walaupun wujud usaha dari pihak Gereja untuk menjejaskan aqidah umat Islam di Petaling Jaya, PAS sanggup menyebelahi Khalid Samad dan Khalid “Gagap” yang jelas menyebelahi tindakan biadap pihak Gereja di Selangor ketika itu.

Seolah-olah, aqidah umat Islam tiada harga di mata PAS?

Saya masih ingat bagaimana Pemuda PAS yang pada awalnya memberi sokongan dan komitmen untuk hadir ke program Himpunan Sejuta Umat di Stadium Melawati Shah Alam terpaksa membatalkan hasrat mereka hanya kerana dilarang Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat.

Sedangkan, himpunan itu jelas untuk mempertahan dan memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba mencemar aqidah umat Islam di negara ini. Itu pun PAS tak boleh sokong? Takut pada PKR dan DAP sampai sanggup menjejaskan kepentingan Islam?

Masih lagi saya ingat tentang mesyuarat Pakatan Haram pada 8 Januari tahun lalu yang mana PAS bersetuju membenarkan kalimah “Allah” digunakan di dalam Bible versi bahasa Melayu dan golongan bukan muslim di Semenanjung Malaysia.

PAS mengambil masa lebih setahun pada 11 Januari lalu untuk membuat pusingan U melalui mesyuarat Ahli Majlis Syura parti itu untuk membantah penggunaan kalimah “Allah” di dalam kitab Bible versi bahasa Melayu itu.

Kemudian, Karpal dan Anwar berpadu tenaga menghentam PAS serta meminta agar kepimpinan parti pimpinan Hadi itu menarik balik keputusan yang diputuskan oleh Majlis Syura tersebut. DAP dan PKR tidak berganjak dari desakan itu sehingga kini.

Cuba lihat buku “JingGay” yang merupakan “kitab suci” Pakatan Haram untuk menawan Putrajaya. Satu pun tidak ada agenda demi mempertahan atau mengimarahkan Islam di negara ini. Semuanya “janji-janji manis” yang tiada mengena dengan Islam.

Bukan itu saja, satu pun isi kandungannya yang memperjuangkan dasar-dasar PAS. Kalau ada pun, hanyalah dasar-dasar DAP dan PKR yang “diadjust” mengikut kesesuaian PAS.

Demikianlah antara contoh terbesar betapa ikatan PAS jelas sangat merugikan Islam dan parti itu sendiri. Akar umbi PAS sendiri sudah ramai yang mengamuk. Ada yang keluar parti, ada yang “bermufaraqah” dan ada pula yang tak mahu keluar mengundi nanti…

Tapi sehingga kini, Hadi masih lagi “buta”. Kononnya dia berani keluarkan PAS dari Pakatan Haram. Namun biar diberikan dengan 1,000 bukti sekalipun, PAS akan terus bersama Pakatan Haram dan hanya mampu melihat Islam “dikoyak-koyak” DAP dan PKR…

SUMBER MYKMU

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda