Tuesday, 19 February 2013
KASI PANASS !! PAS KEDAH MASUK PERANGKAP YANG DI PASANG SANUSI SETPOL !!! #tukarkedah
Terima kasih kepada sahabat blogger Pisau Kedah kerana berjaya mendedahkan jerat yang dipasang oleh Sanusi Setpol buktikan lagi sikap rakus Pas dalam aktiviti pembalakkan maha dasyat di Tasik Pedu..
Keraguan mula timbul apabila projek kebun buah buahan yang diwar warkan oleh Kerajaan Pas Negeri Kedah ini tidak perlu mendapatkan kelulusan EIA seperti mana syarat syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar..
Dalam kes ini sebenarnya,Pas bukan minat sangat dengan projek projek ladang ini..Mereka lebih tertumpu kepada wang puluhan juta yang bakal diperolehi dari balak balak bernilai tinggi di kawasan Tasik Pedu..
Menurut apa yang ditulis oleh Sanusi Setpol dalam blog tentang laporan EIA, keputusan Majlis Mensyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darulaman ( MMK ) yang bertarikh 05 September 2012 ( rujukan: Kertas No . 6 ( F ) 283/2012 dalam ( PSUK ( K ) 14-1423 JLD 3 ). MMK telah bersetuju meluluskan projek pembangunan Agroforestry kepada PKNK tanpa adanya laporan jawatankuasa teknikal untuk mengkaji projek berkenaan sebelum di luluskan.
Kes ini sama seperti apa yang berlaku dalam aktiviti pembalakkan di Gunung Inas sebelum ini.. CEO PMBKed memanggil semua wartawan semata mata untuk menunjukkan buku kelulusan EIA..Sedangkan apa yang didedahkan itu hanyalah satu proposal..Lihat gambar dibawah..
Sekarang ini Pas bergelut dengan masalah untuk dapatkan kelulusan EIA walaupun balak balak sudah ditebang sehingga licin.. Sanusi juga mengakui bahawa proses pengeluaran kayu masih perlu dikeluarkan bagi mengelak susut nilai pada kayu balak
Kita boleh nampak sekarang ini bahawa Pas sememangnya hanya mementingkan balak dari alam sekitar..Kerakusan regim Pas terhadap balak dan hutan hijau perlu ditentang habis habisan kerana selepas ini, lebih banyak hutan akan digondolkan oleh Pas..
Baca Setpol Azizan Razak Mengesahkan Pembalakan Di Kawasan Tasik Pedu Adalah Haram
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda