Thursday, 21 February 2013
ISU KUIN LAGI ?? KALI NI INSANIAH BAKAL DI SAMAN BERJUTA JUTA !! AZIZAN CONFIRM KOMA !! #tukarkedah
Awat taktau hari ni aku main isu KUIN saja..Adehh dari tengah hari, petang sampai ke malam bab KUIN ja aku main..Kalau nak diikutkan situasi sebenar masalah KUIN bukan sikit..Tapi memang banyak..Tiap tiap hari ada saja masalah dalam KUIN..Bukan saja dari segi pentadbiran, malah pelajar jugak terkena tempiasnya..
Kali ini aku dapat tau Insaniah Holding anak syarikat Insaniah Sendirian Berhad iaitu Syarikat yang mempunyai 5 cabang anak syarikat dimana kesemua mempunyai 5 CEO yang dibayar gaji puluhan ribu ini bakal di saman dengan nilai jutaaan ringgit jika gagal membayar hutang
Menurut apa yang dilaporkan oleh Berita Kuin, Tuntutan yang bernilai JUTAAN RINGGIT MALAYSIA itu adalah hasil pembelian barangan yg dibeli oleh Insan Medik Sdn Bhd. Menurut surat tuntutan itu Insaniah Holdings diberi tempoh antara 7 hingga 14 hari untuk menjelaskan hutang mereka jika tidak prosiding mahkamah akan dikenakan kepada Insaniah holdings. Kebanyakan pembelian itu dibuat pada tahun 2011 tetapi sehingga kini pembayaran masih belum dibayar oleh KUIN.
Insaniah Holdings yang merupakan anak syarikat KUIN yang dikatakan langsung tidak mendatangkan keuntungan, kini mula terasa bahang apabila telah menerima banyak surat 'Cinta'..
Surat-surat cinta yang dimaksudkan ialah surat daripada peguam-peguam pembekal barangan terutama barangan untuk kulliyyah perubatan yang gagal dibayar sejak dua tahun lalu.
Kini pembekal yang teraniaya telah berani tampil membuat tuntutan dan tindakan undang-undang.Kita lihat apa Azizan dan Jamil akan buat utk menyelamatkan kroni2 mereka di Insaniah Holdings.
Bukti surat cinta tersebut akan dipaparkan dalam blog Berita KUIN
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda