Thursday, 7 February 2013

GAJI CIPUT ! PUNCA NAZMI BALIK KE MALAYSIA




Model jelita, Tengku Nurshufilla Tengku Shubli, 21, yang juga bekas kekasih Nazmi Faiz Mansor menafikan kepulangan pemain muda itu ke negara ini dari Portugal mempunyai kaitan dengan hubungan cinta mereka yang retak.

Tengku Nurshufilla atau lebih dikenali sebagai Tengku Fiella bagaimanapun menjelaskan, Nazmi pernah menyatakan kepadanya hasrat untuk kembali bermain di negara ini kerana tertekan dengan gaji yang terlalu rendah dibayar oleh kelab lamanya, SC Beira-Mar.

"Tiada kaitan dengan hubungan kami. Dia memang masalah dengan kelab di sana, gaji sikit memang satu masalah.

"Dia ada memberitahu saya dua atau tiga bulan lepas (ketika masih bercinta) bahawa dia mahu balik ke Malaysia, gaji di sana sikit," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Nazmi, 19, yang membantu negara memenangi pingat emas pada Sukan SEA Indonesia 2011 merupakan prospek muda bola sepak Malaysia sehingga namanya meniti bibir peminat bola sepak tanah air.


Harapan peminat untuk melihat anak muda ini berjaya dalam arena bola sepak menjadi lebih cerah apabila dia menandatangani kontrak bersama SC Beira-Mar yang beraksi di Divisyen Satu Portugal.

Bagaimanapun, jodoh Nazmi di negara Eropah itu tidak panjang apabila dia mengambil keputusan untuk kembali beraksi dalam liga domestik dan menandatangani kontrak bersama pasukan PKNS FC.

Kepulangan Nazmi ke negara ini segera menimbulkan polemik dan persoalan mengenai apa punca sebenar penamatan kontraknya bersama kelab lamanya malah pemain itu sendiri sehingga sekarang masih cuba berahsia.

Pada masa sama, timbul beberapa andaian mengatakan kepulangannya mempunyai kaitan dengan hubungan yang terjalin bersama bekas kekasihnya, Tengku Fiella yang turut mengejutkan tanah air, baru-baru ini.

Ini berikutan tindakan Nazmi sendiri melalui laman sosial Twitter miliknya yang mendakwa hubungan cinta mereka rosak ekoran tindakan pemain Johor Darul Takzim, Aidil Zafuan Abd. Razak yang merampas buah hatinya itu.

Sementara itu, Tengku Fiella menjelaskan, hubungannya dengan Nazmi sudah berakhir dan pemain itu juga tidak pernah lagi menghubunginya sejak kembali ke Malaysia.

"Dia tidak lagi menghubungi saya, saya juga begitu. Dia juga tidak pernah memberitahu saya akan bermain dengan pasukan mana di negara ini," ujarnya.



SUMBER UTUSAN

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda