Wednesday, 9 January 2013

ZAIRIL ANAK TUMPANG KHIR JOHARI MAHU UBAH NASIB MELAYU MACAM SINGAPURA ?




Telah dikatakan sebelum ini bahawa Zairil Khir Johari b. Abdullah adalah simbol kebodohan DAP dan dakwaan tersebut kini sekali lagi terbukti dalam kekecohan pemilihan CEC baru-baru ini. Kisah lawak bodoh sombong DAP guna ‘Excel Spled-shit’ dan bukan ‘Excel Spreadsheet’ untuk kira undi untuk memenangkan si Zairil ini wajib dilihat sebagai penanda aras bagi slogan ‘cekap, amanah dan telus’ (CAT) yang dilaungkan parti itu.

Kisah ini samalah dengan kisah PAS menggunakan ‘mental arithmetic’ untuk mengira Tabung Memali, saham Kohilal mahupun derma tin milo yang dikutip dari ahli-ahlinya. Semuanya dikira di dalam ‘mental’ sahaja, tanpa perlu rekod yang jelas. Akhirnya, keadaan menjadi kelam kabut apabila ‘mental’ si tukang kira didapati sedikit terencat dan kurang stabil.

Apapun, kesungguhan DAP untuk memenangkan dan menonjolkan Zairil sebagai wakil Melayu sedangkan beliau bukan Melayu, dengan apa cara sekali pun termasuk cara kotor, menggambarkan ada sesuatu yang lebih lagi dari sekadar bodoh, tidak telus, tidak cekap dan rasis parti itu. Ia secara teknikalnya, menggambarkan betapa puak-puak kiasu DAP ini menganggap orang-orang Melayu keseluruhannya, adalah sama bodoh dengan mereka.

Inilah masalahnya dengan orang-orang bodoh, iaitu mereka tidak sedar yang mereka bodoh.



Rakyat Malaysia sudah maklum bahawa Zairil bukan Melayu, dan tiada setitik pun darah Melayu di dalam tubuhnya. Bukan sahaja dari segi biologi dan fizikal, tetapi ‘jiwa’nya juga tiada langsung jiwa Melayu. Secara dasarnya, orang Melayu akan menerima bangsa apa saja sebagai Melayu sekiranya mereka mempunyai jiwa Melayu selain beragama Islam.

Orang Melayu, terutama orang Alor Setar apatah lagi seperti penulis, yang mana sejarah keluarga menyusur sehingga ke kawasan yang diberi nama Kanchut, sedia maklum akan sejarah keluarga Tan Sri Khir Johari yang juga tinggal di kawasan yang sama. Beliau berkahwin dengan Puan Sri Kalsom Abdul Rahman (Che Tom) pada tahun 1943 dan mempunyai 7 orang anak.

Selepas Che Tom meninggal pada 20 September 1994, Tan Sri Khir telah berkahwin dengan Puan Seri Christine Lim pada February 1996.

Ketika dikahwini, Puan Seri Christine adalah seorang janda dan telah pun mempunyai dua orang anak dari perkahwinan terdahulu dengan seorang Cina. Salah seorang anaknya diberi nama Zairil Khir Johari, iaitu nama Islam dengan mengambil nama suaminya yang baru. Pada masa perkahwinan kedua ibunya ini, Zairil telah pun berusia 13 tahun. Oleh itu jelaslah bahawa Zairil adalah Cina seratus peratus.

Tan Sri Khir meninggal dunia pada tahun 2006 yang mana pada waktu itu Zairil berusia 23 tahun dan sedang belajar di luar negara.

Sifat semulajadi kaum Cina yang mementingkan harta dan wang nampaknya kekal dalam diri Puan Seri Christine walaupun telah memeluk Islam. Sifat inilah yang mendorong kepada perebutan harta di antara keluarga baru Tan Sri Khir dengan anak-anaknya dengan arwah isterinya yang pertama. Kes perebutan harta ini menimbulkan kejanggalan dan kejutan di kalangan masyarakat kerana melibatkan harta PUSAKA milik Puan Sri Kalsom. Apa yang berlaku ialah keluarga baru Tan Sri Khir telah berusaha untuk mendapatkan hak dalam harta pusaka arwah isteri pertamanya. Dalam kes ini, Tan Sri Khir menamakan semua anak-anaknya dengan arwah Puan Sri Kalsom sebagai defendan, iaitu Rosita, Prof. Amir, Roselina, Juanita, Nazli dan Mazita, Haizan.

Kita tidak berhak untuk mengulas mengenai kes ini. Tetapi, apapun, kes ini wajar dijadikan sandaran untuk menilai sikap dan jiwa Zairil. Lazimnya, anak seperti Zairil dari keluarga yang bercerai dan ibunya berkahwin semula pasti mempunyai hubungan yang rapat dengan si-ibu serta mudah menerima nilai-nilai hidup yang diterapkan oleh si-ibu. Justeru, jika nilai keCinaan yang pentingkan harta dan wang yang ditonjolkan oleh si-ibu maka nilai itulah juga yang dipegang oleh Zairil selama-lamanya.

Ini terbukti bila Zairil sendiri, di dalam wawancara-wawancara sebelum ini, begitu megah mencanangkan bahawa arwah bapanya, bukan seperti UMNO lain kerana lebih ‘selesa’ bersama bangsa ibunya. Dalam kata lain, tidak seperti Melayu lain, kerana lebih selesa bergaul dengan Cina.

Kita tidak mampu menilai di mana kedudukan arwah Tan Sri Khir Johari dari segi jiwa Melayunya. Namun, kita dapat menilai kedudukan Zairil dengan jelas iaitu bahawa Zairil bukan sahaja tidak ada langsung jiwa Melayu, malah memandang rendah terhadap bangsa Melayu.

Walaubagaimanapun, DAP nampaknya terus menganggap yang orang Melayu tidak dapat membaca taktik mereka yang cuba mengaburi mata kita dengan nama Melayu yang digunakan Zairil. Namun, apa yang tidak disedari mereka ialah taktik ini hanya mengesahkan lagi betapa rasisnya DAP sehinggakan untuk mewakili Melayu pun, mereka tidak sanggup meletakkan seorang Melayu, tetapi seorang Cina dari keturunan yang tamak haloba.

Oleh itu, apa kita boleh harap dari si anak Cina Zairil ini lakukan untuk kita, orang-orang Melayu atau rakyat keseluruhan di bawah DAP? Sudahlah rasis dan korup, serta bodoh pula…sehinggakan untuk mengira undi yang hanya 2000-3000 ribu pun habis lintang pukang jadinya.

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda