Friday, 25 January 2013

PANASS !! HASHIM JASIN MENGAKU KERETA ITU MILIKNYA ?!!



Terpanas !! Meletup !! Sensasi !! Akhirnya tuan punya badan mengaku juga bahawa kereta Porsche Cayman bernombor pendaftaran WWF 3000 didaftarkan atas nama beliau..

Hashim Jasin menafikan bahawa kereta itu milik beliau sebaliknya mendakwa kereta itu dibeli oleh anaknya yang MENGUNAKAN PERMIT IMPORT yang diperuntukkan kepada beliau sebagai wakil rakyat..

Mudah saja jawapan Hashim Jasin untuk lepaskan diri dari isu ini..Bagaimana seorang anak guna kemudahan apa yang bapa(wakil rakyat) dapat untuk kepentingan peribadi..?? Kalaulah pekara ni jadi kat pemimpin Umno dah lama pencacai ulang cerita sampai berbulan bulan tapi bila melibatkan pemimpin Pas, boleh pakai sebab beliau mampu..

Inilah yang dikatakan betapa hipokritnya pemimpin pakatan, dalam ceramah kata kerajaan BN utamakan kroni dalam soal penjualan AP tapi dalam masa yang sama pemimpin pakatan juga dapat semua kemudahan yang Kerajaan BN berikan..



Okay..bila Hashim Jasin kata harga kereta didaftarkan atas namanya tu hanya bernilai RM 100 ribu selepas pakai AP aku dah mula musykil sebabnya sebelum ni aku terbaca pasal harga harga AP kereta diblog rafizi yang mendakwa AP bagi setiap kereta hanyalah sekitar RM 60 ribu..

Harga sebenar Porshe Cayman tahun 2007 sekitar 230 ribu hingga 250 ribu, manakala untuk pengeluaran tahun 2009 hingga 2010 sekitar 280 hingga 330 ribu..Jadi mana mungkin kereta sport mewah yang dibeli oleh anak Hashim berharga 100ribu??

Jika anak Hashim Jasin beli dengan harga sebenar 280 ribu selepas ditolak 60 ribu harga kereta tu masih tinggi..Kat bawah ni petikan artikel dari portal keadilan tentang harga kereta dan AP

Nampak sangat apa yang dicakap oleh Hashim Jasin sebenarnya mahu menutup isu ni dengan rasa tak bersalah.. Kalau kena kat batang hidung anak pemimpin UMNO dah tentu puak ni duk menyalak atas pentas..

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda