Sunday, 6 January 2013

PANASS !! APASAL TIBA TIBA WAKIL RAKYAT HOUSE BAR BERBULU DENGAN DR HASAN ALI ??




Dr Ismail Salleh adalah Adun Alor Mengkudu yang terkenal dengan jolokkan MINI DANOK bagi kaki kaki Clubbing seantero dunia..

Kelab malam ini bukan terkenal dikalangan penduduk tempatan sahaja malah ada yang sanggup datang dari jauh untuk menyaksikan sendiri keindahan dan keayuan pari pari Chinadoll beraksi di pentas..

Walaupun hanya berpusat 1KM dari Pusat Khidmat beliau, tapi sampai sekarang kelab hiburan berprestij itu masih beroperasi seolah olah diberikan LESEN besar untuk menjalankan perniagaan..


Berbalik kepada gambar diatas, Aku nampak Dr Mail ni macam tak puas hati saja bila tengok Dr Hasan Ali masa tengah live dalam program Bicara Rakyat semalam..

Memandangkan tajuk yang dibawa pula tentang amanat Hadi Awang, jadi mungkin teguran pedas dari bekas Pesuruhjaya Pas Selangor dalam program semalam membuatkan Dr Mail sakit hati..

Nampak sangat Pas ni tak boleh ditegur, bila orang kritik sikit dah melenting kononnya parti Pas paling maksum dalam dunia ni..Bak kata orang putih "everything is perfect" ..

Inilah cara sebenar Pas mengamalkan amalan demokrasi dalam kepimpinan..Tak boleh kritik, tak boleh tegur, tak boleh dedah maklumat dan segala-galanya keburukkan Pas buat kena dirahsiakan sebab takut nanti hilang kepercayaan rakyat..

Sebab tu kes Mat Sabu kena tangkap basah dengan Normah dalam bilik 121 tu senyap saja, Lepastu Adun perupok balun bini orang dalam koc keretapi dah dimaafkan father Nik Aziz dan pelbagai lagi isu isu besar melibatkan masalah moral pemimpin Pas dihapuskan terus dari menjadi buah mulut rakyat..

Sudah sudahlah Dr Mail oii, tunaikan dulu suara rakyat Kedah yang mahu kelab malam(House Bar) di sebelah Caltex Alor Mengkudu dirobohkan serta merta atau PRU13 nanti kami akan buat KUBUR kekalahan Pas sebelah pusat hiburan tu..

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda