Friday, 18 January 2013
PANASS !! ADAM ADLI SAH BERCINTA DENGAN BAWANI ?
Kadangkala, saya tidak nafikan bahawa pihak pembangkang memang “bijak” dalam memainkan peranan menyuntik racun ke dalam minda sehingga mampu menyembunyikan kejijikan mereka di mata rakyat.
Bagi yang tidak tahu, kurang faham dan kurang mengerti, saya yakin mereka mungkin akan mudah terpengaruh dengan “sindrom listen, listen, listen” yang sedang hangat diperkatakan sekarang.
Terus terang saya katakan, saya langsung tidak berminat untuk membela Presiden SW1M, Syarifah Zohra Jabeen, yang dijadikan “bahan” oleh segelintir mahasiswa Pro-M (pro-pembangkang) dan penyokong Pakatan Haram diluar sana.
Mungkin saya akan mengulas mengenai Syarifah di akhir tulisan ini untuk berlaku adil.
Namun, saya lebih berminat untuk mengulas tentang Bawani yang tiba-tiba diangkat setaraf “wirawati”, sama seperti Adam Adli yang bertindak biadap di dalam beberapa kes yang melibatkan propaganda Pakatan Haram sebelum ini.
Dalam ertikata lain, Bawani dan Adam Adli memang tiada beza sikapnya. Cuma berbeza jantina sahaja. Adam Adli “mahasiswa biadap” versi lelaki dan Bawani “mahasiswi kurang ajar” versi perempuan.
Kedua-duanya anak didik Pakatan Haram dan sememangnya tidak memiliki adab serta tidak diajar untuk menghormati orang lain, apatah lagi berfikir secara bijak atau waras!
Melihat video penuh forum di UUM tersebut, saya terima pandangan Bawani tersebut. Namun terus-terang saya katakan, dia tidak layak bergelar mahasiswi berdasarkan pandangannya yang dangkal, berat sebelah dan seolah-olah menunjukkan dia begitu jahil tentang fakta.
Contohnya, dia mahu pendidikan percuma seperti beberapa buah negara luar seperti Venezeula, Cuba, Argentina dan Brazil. Satu kehendak yang sama seperti Adam Adli. Kononnya kerajaan mampu memperuntukkan sebanyak RM10 bilion untuk pendidikan percuma itu.
Memang benar. Memang kerajaan mampu buat demikian. Tapi kenapa minta RM10 bilion saja? Mintalah RM100 bilion atau RM200 bilion, bukankah lebih baik?
Dengan peruntukan sebanyak itu maka tak payahlah kerajaan nak fikir bagaimana untuk membangunkan Malaysia lagi, kan? Maklumlah, duit sudah “hangus” untuk memberi pendidikan percuma untuk Adam Adli dan Bawani…
Kalau Bawani nak tahu, negara-negara yang disebut itu memang memberikan pendidikan percuma. Tapi perlu diingat bahawa cukai yang dikenakan di negara itu sangat tinggi berbanding Malaysia dan dikenakan kepada hampir semua rakyat, termasuk bayi!
Dengan duit cukai yang tinggi itulah kerajaan di negara-negara itu membiaya pendidikan percuma. Bawani mahu diwajibkan bayar cukai? Sila buat kajian fakta sebelum menyerbu di mana-mana forum. Menyerbu “tanpa pakai helmet” buruk padahnya, kan?
Tapi, kalau benar Bawani mahu pendidikan percuma, Kerajaan kini sudah pun melaksanakan dasar itu di sekolah rendah dan menengah. Kalau di IPTA, Bawani boleh dapat pendidikan percuma jika betul-betul belajar dan berjaya lulus cemerlang nanti.
PTPTN berbesar hati untuk melupuskan pinjaman pelajar IPTA yang cemerlang. Tapi kalau Bawani asyik terpengaruh mengikut idolanya, Ambiga Sreevenasan, rasanya mungkin tak merasalah “anugerah dekan” dan “pendidikan percuma” itu, kan?
Jadi, Bawani perlu menggunakan akalnya dan berfikir secara bijak. Jika tidak, tidak mustahil Bawani akan terpengaruh dengan persepsi negatif dan propaganda tidak realistik pemimpin politik pembangkang yang licik mempermainkan minda rakyat.
Berkenaan dengan Syarifah Zohra, saya secara peribadi kurang bersetuju dengan CARA dan “jawapan”nya yang meleret, serta ada kalanya melalut tidak keruan separuh masak. Maaf jika dia tersinggung, tapi bukan itu caranya memberikan jawapan atau menjadi contoh “wanita” yang baikdi depan pelajar IPT.
Sekiranya Syarifah Zohra tidak mewakili UMNO, BN atau kerajaan, dan mendakwa mewakili NGO, dia harus memastikan dia benar-benar “bebas” di khalayak ramai, khususnya di depan para mahasiswa. Di depan kertas undi nanti, terserahlah nak pangkah apa pun, kan?
Namun begitu, saya berpendapat bahawa kesalahan Bawani lebih besar dari Syarifah Zohra dalam isu “listen, listen, listen” ini. Presiden SW1M itu hanya mempunyai 1-2 kesilapan, sedangkan Bawani telah dikesan melakukan lebih dari 5 kesilapan, khususnya yang melibatkan otak dan mindanya.
Jadi, kalau anda bersetuju dengan Bawani, silakanlah kerana saya tidak teruja dengan pemikiran cetek seorang mahasiswa hingusan yang “perasan” pandai. Saya tak marah kalau nak marah Syarifah Zohra, saya tak kenal dia pun…
SUMBER MYKMU
mak aiii..ingatkan bijak rupa lebih dangkal dan cetek pemikiran mamat ni menulis...ada aku kisah apa kau kisah
ReplyDelete