Tuesday, 8 January 2013
PANASS !! 5000 PENIAGA DITINDAS OLEH PEMERINTAHAN REGIM PAS KEDAH ! #TukarKedah
Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) mendakwa kebanyakan peniaga kecil di sekitar negeri ini ditindas setelah Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Kedah dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).
Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, hasil kaji selidik yang dibuat pihaknya mendapati seramai 5,000 peniaga di negeri ini terabai oleh Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Pas.
Menurutnya, pelbagai masalah dan isu yang berlaku kebanyakan melibatkan peniaga-peniaga kecil seperti tidak mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), lesen disita dan sebagainya.
“Maka, isu-isu ini akan kita bawa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk diambil perhatian serius. Mungkin ada yang terlepas pandang.
“Dalam negeri, apa yang kita dapati lebih kurang 143,000 orang sahaja yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan sebenarnya ada lagi 50,000 peniaga kecil yang belum berdaftar dengan SSM,” katanya selepas menyampaikan payung penjaja yang disumbangkan oleh Najib kepada 33 peniaga kecil di Taman PKNK, di sini, semalam.
Mohd Ridzuan berkata, sekiranya diambil jumlah seramai 150,000 peniaga kecil di negeri ini didarabkan dengan tiga pengundi di setiap rumah, jumlahnya ialah 450,000 undi datang daripada peniaga-peniaga kecil.
“Jadi, saya ingin beri peringatan kepada pemimpin-pemimpin parti politik, peniaga-peniaga kecil ini adalah penentu kepada kemenangan mereka pada PRU akan datang.
“Sekiranya peniaga-peniaga kecil ini tidak dijaga dengan baik, saya minta maaflah, memang susah kalau nak menang.
“Peniaga-peniaga kecil juga banyak yang tertindas melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti sita barang, tidak izin berniaga, masalah lesen, roboh gerai dan sebagainya.
“Ini yang berlaku dan kenapa hanya berlaku kepada peniaga-peniaga Melayu sahaja. Kenapa berlaku, itu yang kita nak tahu,” katanya.-SINAR
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda