Sunday, 20 January 2013

PANAS !! SIAPA DI BELAKANG BAWANI ?? AMBIGA ??



Gambar ini cukup menceritakan siapa sebenarnya Bawani dan apakah pemikiran yang sudah ada dalam minda pelajar tahun dua perundangan di UUM itu. Bawani memang seorang yang aktif dalam Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan perkara ini diakui sendiri oleh Malaysiakini (baca sini).

Jika dilihat pada hujah yang diberikan Bawani ketika bertanyakan soalan, ianya seakan sudah terlatih dan distruktur dengan baik contoh contohnya. Tinggal masa untuk dilontar sebagai persoalan.

Memang diakui kesilapan di pihak yang cuba menjawab kerana cuba menggunakan teknik "satu hala" bagi mematikan hujah. Kaedah yang dirasakan sudah baik tetapi akhirnya menimbulkan polemik dan menjadikan ianya kurang popular secara etikanya.

Terbaik adalah mengadakan debat pendidikan percuma antara Bawani vs Sharifah di luar kampus. Sudah tentu ramai yang ingin tengok dan menyaksikannya. Shasha Mendoza boleh menjadi moderator debat di Twitter.





Berbalik pada Bawani, gambar di atas adalah ketika Bawani menjalani latihan di Kongres Pemuda Sosialis Pertama pada 30 Meti 2010 di Dewan Sivik, Kota Damansara. 31 orang yang dilatih termasuklah Bawani, tidak hairanlah Bawani begitu petah berbicara tentang isu yang sudah pun menjadi hafalan hariannya.



Bawani juga mencuba diri dalam pilihan raya kampus, tetapi dia tewas. Oleh kerana itu, tidak hairanlah, Bawani mahu di bawa ke pejabat PSM pada hari Jumaat ini (18hb) untuk sidang akhbar mengenai apa yang berlaku di UUM.

Trend menjadikan seseorang sebagai ikon bagi sesuatu isu adalah satu teknik yang digunakan secara meluas oleh mereka sekarang. Daripada seseorang yang langsung tidak dikenali terus menjadi popular. Teknik ini sudah berjaya di Tunisia, Mesir, Pakistan dan Iran. Porak peranda juga negara kerana kekuatan isu dan imej ikon yang yang ditonjolkan secara kolektif dan meluas.

Sudah lengkap rasanya dalam PAS, PKR, DAP dan kini PSM, mesti ada seorang ikon anak muda yang diketengahkan dan ditonjolkan sebagai wira bagi sesuatu isu. Mereka itu memang ahli parti tetapi dalam konteks penonjolan imej baru, mereka dilambung tinggi sebagai seorang yang bebas dan hero bagi sesuatu isu.

Tidak hairan kalau Bawani bertanding dalam PRU13 nanti. Bukan sahaja Bawani tetapi ada beberapa ikon baru yang akan turut sama. Oleh itu, apa yang perlu dilakukan BN untuk mengatasi cabaran ini

SUMBER ANGIN PERUBAHAN

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda