Bila sembang bab ekonomi depan rakyat, depalah paling hebat jaguh seantero dunia seperti berpuluh puluh bilion setahun dapat jana ekonomi dari segi pelaburan masuk dan kdnkk negeri..
Tapi pada hakikatnya indah khabar dari rupa saja, hanya 400 juta saja pelaburarn masuk ke negeri Kedah pada tahun 2012..Sememangnya Pas hanya pandai berceramah diatas pentas, bukannya digelangang ekonomi..Lihat saja pada ekonomi negeri Kedah, jatuh merudum sejak Pas mengambil alih pemerintahan sejak 2008..
Dulunya Pas ingin menjadikan Kedah sebagai negeri Belanda timur tapi tiada apa yang Pas lakukan, hanyalah tertumpu ke kawasan pembalakkan di hutan hutan simpan di Kedah..
Janji kerajaan untuk mengutip hasil buah buahan tempatan dari pekebun hanya tinggal janji dimana kerajaan Pas kedah tidak menunaikan janji itu..Pusat pengumpulan buah buahan di Sungai Petani kini menjadi kawasan terbiar..
Projek Keli-K bawah Kedah Agro pun gagal mendapat pulangan..Pembalakkan di Papua New Guinea rugi berbelas juta dan terpaksa menanggung kos dari pihak lain..
Inilah nasib yang rakyat Kedah terima selepas Kedah jatuh ke tangan Pas..Tiada apa yang rakyat nikmati hasil dari kerajaan negeri..
Kerajaan PAS Kedah mengakui gagal menarik pelaburan dalam sektor pembuatan yang menurun dengan drastik pada 2012 berbanding tahun sebelumnya.
Bagaimanapun, Menteri Besarnya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak enggan memberitahu jumlah pelaburan sektor pembuatan yang direkodkan pada 2012.
Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Sains dan Teknologi negeri, Datuk Amiruddin Hamzah, berkata kemasukan pelaburan yang perlahan menyebabkan negeri itu berada di kedudukan kesembilan berbanding kelima pada 2011 dalam sektor pelaburan pembuatan.
“Biasanya Kedah berada di tangga keempat, kelima atau keenam, tetapi untuk 2012 Kedah jatuh ke tangga kesembilan disebabkan pelaburan yang lembap dalam sektor pembuatan.
“Penurunan pelaburan dalam sektor itu berlaku di semua bahagian di Kedah termasuk Taman Teknologi Tinggi Kulim,” katanya pada sidang media sempena majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd (KTPC) dengan dua penyewa barunya di sini, kelmarin.
Pada majlis itu, dua penyewa baru iaitu Aspion Sdn Bhd and CTR Setia (M) Sdn Bhd bersetuju melabur sehingga RM400 juta dan RM60 juta bagi membina kilang baru di Taman Teknologi Tinggi Kulim.
Disember lalu, Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mukhriz Mahathir mendedahkan, Pulau Pinang yang ditadbir DAP bakal hilang kedudukan selaku destinasi utama pelaburan negara bagi sektor pembuatan.
Beliau dipetik berkata, Pulau Pinang mencatat jumlah pelaburan sebanyak RM1.8 bilion saja untuk tempoh separuh tahun lalu, menyebabkan ia jatuh di bawah Selangor, Sabah, Sarawak, Johor, Terengganu, Kuala Lumpur dan Perak.
Dalam perkembangan sama, Amiruddin berkata, penurunan jumlah pelaburan dalam sektor pembuatan di Kedah diseimbangkan dengan peningkatan pelaburan dalam sektor lain seperti pertanian dan perkhidmatan.
Amiruddin yang juga Pengerusi KPTC berkata, untuk mengatasi masalah itu, kerajaan negeri bekerjasama dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).-AntaraPos
Macam kera dapat bunga, mulanya dicium, dicari-carik dan akhirnya dibuang. Itulah perumpamaan puak-puak bahlol PAS bila dapat peluang memerintah.
ReplyDeleteSelalunya manusia yang pandai cakap berdegar-degar belum tentu mereka pandai mengurus diri, apatah lagi menguruskan orang lain atau menguruskan negeri. PAS cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap...hamPAS jer.