Wednesday, 30 January 2013
KUTUK PM !!! PAS WAJAR LANTIK OSTAJAH KENING MULUS DALAM MAJLIS SYURA
Kehebatan Ostajah Arbaeyah kening runcing dalam Pas tidak perlu diperkatakan lagi..Setiap hari ada saja dalil dalil dan fatwa terbaru untuk menghukum sesiapa saja yang berlainan hala tuju dalam politik..
Terbaru beliau mempersoalkan lawatan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ke Gaza kononnya lawatan PM ke Gaza baru baru ini tidak ikhlas berjuang(berjihad) sedangkan Islam di Malaysia tidak diperjuangkan..
Macam inilah jadinya bila Ostajah belagak serba serbi tahu tentang Islam ini cuba belagak pandai lebih dari Majlis Syura Pas..Kalau Ostajah Abby nak tau, Malaysia telah diiktiraf sebagai antara Negara Islam terbaik sedang membangun dan Malaysia juga dijadikan contoh dalam perbankan Islam..
Banyak negara negara luar mahu berkerjasama dengan Malaysia dari segi pembangunan ekonomi Islam..Kalau tak silap aku, sistem perbankan Islam Malaysia juga diguna pakai di negara eropah.
Kalau Ostajah Abby kata Malaysia bukan negara Islam, kenapa orang luar iktiraf Malaysia sebagai negara Islam ?? Siapa Abby nak tentukan keIslaman sesebuah negara?? Dah berapa kitab Abby hafal ??
Bagi aku, Abby ni sebenarnya layak mengantikan kerusi Ust Nasharuddin Mat Isa dalam Majlis Syura Pas..Pas perlu timbang cadangan ini..Penglibatan Abby akhir akhir ini dalam Pas sudah dianggap cukup syahid untuk berjihad bersama sama Pas..Ditambah pula dengan ilmu ilmu yang penuh didada sudah tentu ianya boleh menambat hati Nik Aziz untuk mengisi kekosongan kerusi majlis syura..
Kalau Abby mati sekalipun, Pas tetap akan menganggap Abby mati syahid kerana memperjuangkan politik sesat Pas..Janji janji Syurga Nik Aziz selalunya membawa berkat..
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda