Thursday, 10 January 2013

KERANA PISAU.NET DAP SANGGUP BAGI RASUAH 1K !!




Takut lagi banyak pendedahan akan dibuat oleh blogger Pisau.net, Kor Ming mengambil jalan mudah iaitu mahu merasuah sesiapa saja yang dapat dedahkan identiti Pisau.net..

Untuk pengetahuan Kor Ming, kami tak pandang rasuah RM1000 lu semata mata nak dedah identiti Pisau.net ..Kalau ditawarkan sejuta sekali pun, kami takkan bekerjasama dengan Dap laknat untuk membelot agama bangsa dan tanah air kami..09

Buat sahabat Pisau.net teruskan perjuangan..Dedahkan lagi segala skandal skandal rasuah melibatkan Dap dan pakatan..Kami sentiasa dibelakang anda..



Kepimpinan DAP menawarkan RM1,000 kepada mana-mana individu yang dapat memberi maklumat untuk mengesan pengendali laman blog pisau.net.

Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming berkata, pihaknya kini sedang menjejaki pengendali blog berkenaan bagi menyerahkan writ saman berhubung artikel yang dikeluarkan laman blog berkenaan.

"Orang yang fitnah berdosa besar. Perbuatan baling batu sembunyi tangan merupakan perbuatan yang keji dan bersifat pengecut.

"Saya di sini memberi masa 24 jam kepada pisau.net untuk tampil. Jangan berselindung di belakang nama samaran yang palsu," katanya melalui satu kenyataan kepada Sinar Harian, hari ini.

Kor Ming berkata, tindakan menyembunyikan diri itu hanya membuktikan semua tuduhan terhadap Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan beliau adalah bohong.

Menurutnya, tindakan saman itu dibuat terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab memfitnah mereka berdua kononnya mendapat tanah di Kelantan sebagai habuan politik.

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda