Heboh tengah hari tadi di lalam facebook apabila tindakkan segelintir pihak tidak bertanggungjawab sebar berita kenderaan JPJ punca kemalangan di Manjung Perak..Baca dibawah
Kejadian ini berlaku di Ayer Tawar Perak, ketika kejadian difahamkan kenderaan SUV milik JPJ mahu menghalang lori sehingga menyebabkan kenderaan lain termasuk 2 buah lori 4 kereta, 2 bas dan sebuah motorsikal berlanggar kerana tidak dapat mengelak SUV milik JPJ brek secara tiba tiba..
Akibatnya Kenderaan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diterbalikkan dan dibakar oleh orang ramai yang marah selepas kemalangan teruk yang membabitkan 10 kenderaan di Ayer Tawar, Perak
TAPI INI CERITA SEBENAR YANG BERLAKU DISITU..
Kenderaan rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sri Manjung dirosakkan dan diterbalikkan orang awam kerana didakwa punca kemalangan di lampu isyarat berhampiran Sekolah Menengah Methodist pekan Air Tawar dekat sini, Jumaat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung DSP Ahmad Mat Isa berkata dalam kejadian 12.20 tengah hari itu, pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner dinaiki tiga anggota JPJ berhenti di lampu isyarat sebelum kemalangan berlaku melibatkan dua lori, dua bas sekolah, empat kereta dan sebuah motosikal.
"Kereta JPJ itu berhenti kerana lampu merah. Semasa menunggu lampu hijau tiba-tiba lori yang membawa kelapa sawit dari arah Ipoh telah melanggar kenderaan JPJ itu kemudian membabitkan pula lapan kenderaan lain di belakang," katanya ketika dihubungi.
Ahmad berkata kira-kira 30 orang awam di kawasan itu menyerbu ke arah anggota JPJ berkenaan dan menuduh mereka menyebabkan berlakunya kemalangan itu.
"Oleh kerana takut kakitangan JPJ lari meninggalkan kereta mereka dan menumpang kenderaan awam untuk membuat laporan di Balai Polis Sri Manjung," katanya.
Beliau berkata 15 orang yang cedera dalam kejadian itu dihantar ke Hospital Sri Manjung untuk rawatan dan polis sedang menyiasat punca kemalangan.BERNAMA
Aku baru jer bayar denda saman mahkamah oleh JPJ, hampir seribu (3 saman). Tak boleh kompaun langsung. Dah ler pakai baju menyamar ala polis. Banyak org sebenarnya marah JPJ, nak bodek kerajaan cekik rakyat terlalu melampau. Tapi aku tak suka perangai orang yang bakar SUV JPJ. Tu kenderaan kerajaan, harta rakyat tu. Bukanharta JPJ.
ReplyDeleteSemoga JPJ berhenti menyamar jadi polis, dan jangan berlagak macam penjajah.
mmg bro... 1 saman jpj x blh kurang dari rm300... cekik darah!!! polis, dbkl dan lain2 pbt sume blh kasi kurang... apasal jpj x blh? jpj tu ingat apa, besar sgt ke??? setakat bagi lesen dgn cukai jln aje, x payah la rasa diri tu dh besar sgt... ingat la sikit kat org ramai...padan la muka kereta kena bakar... biar diorg tu beringat sikit
ReplyDelete