Kecoh jugaklah dalam 2,3 hari ni pasal isu Ustaz Fathul Bari tambah bini lagi satu kat blog blog pembangkang..Agaknya dah takdak modal puak beloger cacai nak cari salah UFB..Isu UFB kahwin 2 sengaja dipanaskan oleh pihak pembangkang kononnya untuk apa yang dilakukan oleh UFB salah, sebabnya berkahwin dengan wanita kristian dan berkahwin di selatan Thailand..
Jom kita dengar penjelasan UFB kat bawah ni..
Pelik jugak dengan cacai pembangkang ni, bila pemimpin depa balas bini orang, kahwin lari di siam takpa pulak..Kalau tambah sorang takpa jugak ni tambah bini baru sampai penuh kuota apa cer??
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU), Fathul Bari Mat Jaya menegaskan yang beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan yang boleh disabitkan berhubung tindakannya melangsungkan perkahwinan kedua di Songkhla, Thailand pada Mei tahun lalu.
Beliau juga mengakui pasangan hidupnya itu berasal dari Filipina dan sudah pun memeluk Islam.
” Ketika saya belajar di luar negara, saya mempunyai sahabat yang beragama Islam dan dia mempunyai adik perempuan.
” Ayah wanita itu beragama Islam dan ibunya beragama Kristian. Apabila ibu dan bapanya bercerai, dia (kawan) tinggal dengan ayahnya manakala adik perempuan teman saya itu mengikut ibunya.
” Maka dia (adik perempuan) beragama Kristian,” jelas Fathul.
Tambah Fathul Bari, pada tahun lalu, teman beliau dan adiknya itu ada datang ke Malaysia atas urusan perniagaan.
Katanya, temannya itu kemudiannya mahu beliau membantu adik perempuannya mendekatkan diri dan seterusnya memeluk agama Islam.
Mengenai keputusan untuk menikahi wanita tersebut yang bernama Maria Joy Erlano, Fathul Bari menjelaskan, ia dibuat setelah berbincang dengan keluarga dan isteri pertamanya.
Mengenai lokasi perkahwinan, Fathul Bari menjelaskan ia dilangsungkan di Songkhla di atas beberapa sebab.
Menurutnya, urusan menuntut pengesahan Islam di Kedutaan Filipina agak sedikit sukar sedangkan visa milik Maria Joy sudah hampir tamat.
“Jadi apa yang saya lakukan, dengan kemampuan dan kudrat, saya dapatkan nasihat dari rakan dan saya pergi ke Thailand.
“Saya hubungi di Thailand, saya nak tempat yang mendapat pengiktirafan daripada Malaysia sendiri,” katanya.
Pulang saja dari Thailand, Fathul Bari menjelaskan, beliau telah ke Australia atas jemputan program ceramah, jadi beliau tidak berpeluang ke mahkamah syariah bagi mengesahkan perkahwinannya.
Hanya pada sekitar bulan Ramadhan yang lalu baru, jelasnya, beliau berpeluang berbuat demikian di Mahkamah Syariah Terengganu bagi mendapatkan pengesahan seperti mana yang diperlukan.
“Saya ke sana bersama isteri pertama dan kedua, kita pergi untuk mengesahkan pernikahan di Mahkamah Syariah Negeri Terengganu.
“Mengapa pilih Terengganu? Saya katakan kerana isteri pertama saya orang Terengganu.
“Saya mendapat pandangan dari pendaftar sendiri di Jabatan Agama Islam (Jawi) yang mengatakan bahawasanya sekiranya isteri pertama dari negeri Terengganu, urusannya lebih mudah,” katanya.
Justeru itu, kata Fathul Bari, beliau tidak nampak di mana beliau boleh dikatakan melakukan kesalahan.
Malah, jelas Fathul Bari, beliau sedia berhadapan dengan pihak berkuasa jika tindakannya itu melanggar mana-mana peraturan dan undang-undang yang ada.
“Saya bukannya berkahwin dengan orang Malaysia dan bawa ke sana (Thailand). Saya berkahwin dengan orang Filipina.
“Lain la kalau bawa orang Malaysia itu kena denda RM1000,” katanya.
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda