Friday, 21 December 2012
UPDATE !! NGO BERHIMPUN DEPAN IPD KUALA MUDA BERIKUTAN INSIDEN PERGADUHAN !! @PDRMsia
Alhamdulilah Pada petang tadi masyarakat berbilang kaum telah berhimpun dikawasan IPD Kuala Muda menunjukan sokongan mereka kepada masyarakat majmuk yang menyokong kedamaian dan ketenteraman di negara ini .
Ketua ketua masyarakat tersebut juga telah berikrar bahawa mereka akan tetap menyokong dan mendokong prinsip Rukun Negara yang telah menjadi asas keharmonian antara kaum di Malaysia.
Mereka mengutuk tindakan beberapa individu yang mengambil kesempatan“ menangguk di air keruh “ menyebarkan khabar-khabar angin yang tidak berasas dan berbentuk provokasi .
Mereka juga berikrar akan membantu Agensi Penguatkuasa terutamanya PDRM dalam memertabatkan keamanan dan kesejahteraan masyarakat di Kuala Muda
MTK berharap pihak PDRM segera mengesan dan menangkap individu yang menyebarkan sms tidak bertanggungjawab itu
Dipetik dari FB PDRM KEDAH
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda