Tuesday, 25 December 2012
PANASS !! KAYA BETUL KRONI AZIZAN YANG DUDUK DALAM PENTADBIRAN KUIN !!
Apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dikritik hebat oleh ratusan kakitangan dan ribuan pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) kerana tidak mampu mentadbir universiti itu dengan baik, Azizan melenting “naik minyak”.
Di sidang DUN Kedah tempohari, dia berkata KUIN dalam keadaan “baik” diuruskan oleh rakan baiknya, Datuk Dr. Jamil Osman sebagai Rektor dan universiti yang menjadi kebanggaan rakyat negeri Kedah itu tidak mengalami sebarang masalah kewangan sebagaimana didakwa.
Kononnya, KUIN akan lebih berjaya apabila kampusnya di Kuala Ketil siap dibina kelak.
Sebagaimana maklum, Azizan sering menyebut di mulutnya agar semua pihak “buat kerja cara Islam” dan tidak menipu memandangkan penipuan itu adalah dilarang, tidak bermoral dan berdosa dari sudut hukum Islam.
Namun, bagaimana jika saya katakan bahawa Azizan berbohong besar dan telah hampir merosakkan KUIN? Sebenarnya, saya melihat KUIN kini telah menjadi “pusat pengagihan kekayaaan” di kalangan kroni-kroni Azizan, Dr. Jamil dan rakan-rakan baik Anwar Ibrahim.
Saya memiliki senarai puluhan nama yang dikatakan kroni-kroni Azizan, Anwar dan khususnya Dr. Jamil yang dilanjutkan kontrak sebagai Rektor selama 4 tahun baru-baru ini oleh Azizan meskipun kakitangan KUIN mendesak dia dipecat segera dari kolej universiti itu.
Antaranya ialah CEO Insan Medik yang membawa isteri dan menantunya masuk ke KUIN dan menjawat jawatan utama.
CEO Insan Medik itu juga merangkap Fellow Kuliyyah Perubatan, Pensyarah dan pemangka CEO Insaniah Holdings itu dikatakan memperoleh pendapatan lebih RM40,000 sebulan, isterinya RM25,000 sebulan dan menantunya pula memperoleh lebih RM15,000 sebulan.
Bayangkan mereka sekeluarga sahaja sudah menelan wang sebanyak RM80,000 sebulan dan mereka bukanlah satu-satunya keluarga kroni Dr. Jamil yang ada di KUIN! Ada ramai lagi kroni-kroni, rakan baik, bekas rakan sejawat dan tukang bodek “jester” yang “menghabiskan wang rakyat” di KUIN!
Punyalah hebat KUIN, mereka kini sudah memiliki Kuliyyah Perubatan sendiri yang diketuai oleh CEO Insan Medik itu sendiri. Untuk makluman, Insan Medik merupakan satu syarikat bukan di bawah KUIN dan dibayar untuk menjadi tenaga pengajar di KUIN. Ada berlaku di universiti lain?
Kuliyyah itu ditubuhkan pada tahun 2011 dan hanya memiliki seramai 26 orang pelajar. 15 pelajar belajar ditahun dua dan 11 pelajar baru masuk tahun 2012 baru-baru ini. Maklumlah, kos baru ditubuhkan…
Peliknya, mereka memiliki 11 mayat untuk menjadi bahan kajian dalam pengajian mereka. Pernah dengar pelajar yang baru ditahun satu dan dua sudah dibenarkan “sentuh” mayat? Cuba bersangka baik, saya menjangkakan kuliyyah itu hanya menggunakan 1 mayat sahaja untuk dikaji.
Tapi, bagaimana pula dengan 10 lagi mayat yang ada? Bagaimana dengan kos penyelenggaraan mayat yang melibatkan kos ratusan ribu ringgit? Syarikat mana yang mendapat “anugerah direct-nego” tanpa tender untuk menguruskan mayat-mayat tersebut?
Bayangkan, dengan jumlah-jumlah kos yang tinggi yang saya sebutkan di atas melibatkan Kuliyyah Perubatan di KUIN, apakah ia dapat ditampung dengan kos yuran para pelajar seramai 26 orang itu?
Itu baru membabitkan satu kuliyyah di KUIN dan bayangkanlah apa yang berlaku pada kuliyyah-kuliyyah lain yang ada di universiti tersebut. Dan bayangkan pula apa yang terjadi pada kedudukan kewangan KUIN…
Ketika KUIN ditinggal dan diamanahkan kerajaan BN kepada PAS Kedah, kedudukan kewangan di universiti itu sangat kukuh dan sama ada kakitangan atau para pelajar, mereka begitu aman terteram serta berbangga sebagai warga KUIN.
Tapi bila PAS mengambil alih KUIN sejak Mac 2008, boleh dikatakan hampir setiap enam bulan kolej universiti Islam itu dicemari dengan insiden demonstrasi dan rusuhan yang menggambarkan protes dari seluruh kakitangan serta para pelajarnya.
Peliknya, yang mengetuai gerakan demonstrasi-demonstrasi tersebut adalah seorang pendokong PAS totok yang pernah sanggup mengambil cuti untuk membantu Nizar Jamaluddin berkempen di PRK Bukit Gantang dulu.
Jadi, jangan hairanlah jika selepas ini saya katakan bahawa para penyokong PAS tegar sendiri pun menyampah, marah, kecewa dan benci dengan pentadbiran PAS Kedah. “Kerja cara Islam” pun penyokong PAS benci? Pelik, kan?
SUMBER MYKMU
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda