Saturday, 15 December 2012

MAAF CAKAP LAH !! TAK KHURAFAT KE KALAU PERCAYA BENDA MACAM NI ??




Terkejut jugak aku terbaca laporan dalam akhbar sinar harian edisi Kelantan pasal penemuan kulat gergasi serupa gano boleh rawat penyakit..

Yang tak tahannya orang ramai datang nak dapatkan air kulat yang dikatakan jernih dan berkilau tu mampu mengubat penyakit..

Tuan pemilik kulat tu pulak kata mak dia yang umur 80 tahun tu sebelum ni tak dapat jalan sebab kena 4 strok, lepas saja minum air kulat tu beberapa kali, terus dipercayai telah pulih..

Agak agak yang duk percaya benda karut ni tak pa ka ?? pelik betui, macam mana depa tau kulat tu boleh sembuh penyakit..padahal tak panggil mana mana pakar mai periksa pun..

Kalau setakat panggil wartawan sinar lepas tu duk buat cerita karut sapa pun boleh buat..



TUMPAT-Kemunculan kulat gergasi yang menyerupai spesies kulat gano di Kampung Kok Pasir di sini, menjadi tumpuan orang ramai.

Kulat berwarna hitam seberat 8.6 kilogram itu ditemui Azizah Hamid, 56, di sebuah kolam di tepi rumahnya pada 15 November lalu.

Sejak tersebar penemuan kulat tersebut, rumah Azizah tidak putus dikunjungi orang ramai yang datang untuk melihat secara dekat kulat gergasi itu.

Malah, kedatangan mereka juga adalah untuk untuk mendapatkan air dari kulat tersebut yang dikatakan mengeluarkan air jernih dan berkilau selepas direndam dalam air semalaman serta mampu mengubat penyakit.

Azizah berkata, dia menemui kulat gergasi itu pada 1 Muharam (15 November), tumbuh subur di batang pokok sagu yang dibuang ke dalam kolam selepas ditebang tiga tahun lalu.

“Sebelum kulat ini muncul, ada buih dalam kolam tersebut dan saya sangkakan ada kura-kura.

“Saya ambil kayu lalu menjoloknya ke dalam kolam, tetapi tiada apa-apa,” katanya.

Menurutnya, dia berusaha mencabut kulat yang melekat di batang pokok sagu itu, tetapi tidak berhasil.

Azizah berkata, disebabkan kulat itu besar dan berat, dia terpaksa meminta bantuan suami, Nawi Mahmod, 63, untuk mencabutnya dan membawanya ke rumah.

“Saya terpaksa gunakan kereta sorong mengangkutnya untuk dibawa masuk ke dalam rumah,” katanya yang mempunyai sembilan anak.

Menurutnya, sejak kulat itu muncul, ia membawa rezeki kepadanya kerana orang ramai sentiasa datang untuk melihat dan mengambil air penawar.

“Selepas beberapa minggu, saya dapati kulat ini hidup kerana ada kelopak baru tumbuh dan saya percaya, ia adalah spesies kulat gano yang mampu merawat pelbagai penyakit,” katanya.

Azizah berkata, ibunya, Rokiah Idris, 80, yang tidak dapat berjalan akibat serangan strok minggu lalu, dipercayai pulih selepas beberapa kali meminum air rendaman kulat tersebut.

SINAR

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda