Thursday, 20 December 2012

LYNAS LOJI NUKLEAR ?? FAUZIAH TORON BIKIN LAWAK BABI !!



Layan kepala jugak aku bila baca kenyataan Podziah ni 2 hari lepas dalam Sinar Online..Bukan apa, si Podziah ni mati mati tak mau mintak maaf sebab duk perburuk LYNAS ni bahaya..Sebaliknya disuruh pula Kerajaan terima kasih dekat dia atas usaha dia lah Lynas kena buat sesuatu..

Memang lawak Gangnam Babi  la si Podziah ni, Korang baca kenyataan dia yang aku hitamkan tu, dia kata PR bercakap soal sisa buangan dan bukannya radiasi kan? Ingat lagi tak video video yang si Podziah ni buat untuk burukkan LYNAS satu masa dulu..? Dulu dia sebut nadir bumi yang dibawa masuk tu ada radiasi tinggi sebab tu habis semua orang, haiwan dan tumbuh tumbuhan kat Kuantan tu jadi macam alien..








Pelbagai cara si Podziah ni buat semata mata nak tunjukkan LYNAS ni tidak selamat..Dengan bantuan bantuan dari kaum Dap laknat ni, usaha berterusan mereka lakukan sampai sekarang walaupun Mahkamah dah putuskan LYNAS selamat dan boleh beroperasi...

Kat bawah ini adalah penerangan dari pihak LYNAS berkenaan sisa buangan nadir bumi yang boleh menjana pendapatan




SHAH ALAM – Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh enggan tunduk kepada desakan beberapa pihak termasuk Pengerusi MCA Kuantan, Datuk Ti Lian Ker yang mahu beliau meminta maaf kepada penduduk Kuantan dan rakyat Malaysia, sebaliknya kerajaan perlu berterima kasih kepadanya berhubung isu projek nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di kawasan perindustrian Gebeng di Pahang.

“Kenapa harus saya minta maaf? Tiada sebab saya perlu minta maaf.

“Seharus bukan memohon maaf, sebaliknya (kerajaan perlu) berterima kasih kerana tindakan-tindakan terpaksa diambil, kalau nak harapkan MCA, Pengerusinya, Datuk Ti Lian Ker... syarikat itu dah buat duit berjuta-juta dan rakyat yang terdedah kepada potensi bahaya,” kata beliau kepada Sinar Harian Online yang dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut mengenai desakan itu, Ahli Parlimen Kuantan ini berkata, sekiranya beliau tidak membuat pendedahan tersebut, sudah pasti orang ramai tidak mengetahui akan bahayanya sisa radioaktif nadir bumi itu jika tidak dilupuskan dengan betul.

“Oleh sebab tekanan daripada sayalah kerajaan terpaksa membuat beberapa perkara.

“Sebelum ini, tidak ada garis panduan untuk pengurusan sisa buangan bahan radioaktif, tapi sekarang dah ada garis panduan itu,” katanya.

Beliau menegaskan kenyataan Lian Ker itu satu cubaan untuk mengalih pandangan rakyat daripada isu sebenar, bukannya bahaya radiasi tetapi pengurusan sisa radioaktif.

“Kita bercakap tentang pengurusan sisa radioaktif yang masih belum diselesaikan," katanya.

Kata Naib Presiden PKR ini, apa yang dibangkitkan oleh pihak-pihak yang menentang beliau hanya "isu radiasi."

"Tapi kita bangkitkan isu pengurusan sisa radioaktif serta isu alam sekitar yang langsung tidak diusik dan disentuh oleh mana-mana pihak,” katanyan sambil menyifatkan Barisan Nasional cuba mengalih isu demi melindungi diri mereka.

Sebelum itu, beberapa pergerakan politik dan badan bukan kerajaan (NGO) di Kuantan telah membuat laporan polis ke atas Fuziah setelah beliau dilihat berterusan membuat kenyataan negatif berkenaan LAMP.

Selain itu, beberapa NGO di Pahang mendesak Fuziah supaya memohon maaf kepada LAMP berhubung kesilapan daripada pembohongan dan penyelewengan fakta tanpa asas saintifik mengenai kilang memproses nadir bumi itu.

Mereka mahu Fuziah dan kumpulan anti-Lynas mencontohi portal berita Free Malaysia Today yang memohon maaf secara terbuka berhubung isu itu pada Julai lepas.

Kepada Podziah lebih baik aku ulang sekali lagi video yang dijelaskan oleh MP Pas yang juga merupakan pakar dalam bidang ini..



Jadi Terima Kasih la Podziah sebab dah buktikan kepada rakyat Malaysia bahawa LYNAS ni memang selamat..Tanpa anda mungkin rakyat Pahang akan menghadapi simptom simptom penyakit yang teruk akibat radiasi LYNAS ni seperti apa yang hang buat dalam video klip masak tu..


MTK
BODOH punya orang, tak layak jadi MP

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda