Monday, 24 December 2012
KEPADA RAKYAT KEDAH !! ADAKAH ANDA MAHU LIHAT HUTAN DI KEDAH MENJADI SEPERTI PADANG JARAK PADANG TERKUKUR ??
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan tayangan sebuah gambar kawasan hutan simpan kekal di Tasik Pedu, Kedah, yang seolah-olah menjadi “padang jarak padang tekukur” setelah menjadi mangsa digondolkan oleh Kerajaan PAS Negeri Kedah.
Kerakusan di tahap melampau untuk membolot kekayaan hasil balak negeri Kedah secara mudah itu menjadi salah satu dosa kerajaan negeri pimpinan Azizan Razak, yang tidak dapat dimaafkan oleh seluruh rakyat negeri Jelapang Padi itu.
Sebenarnya, gambar tersebut merupakan salah satu gambar yang berjaya dirakam ketika tinjauan dari udara dilakukan di sekitar hutan simpan kekal bernilai tinggi kira-kira 200 meter dari empangan Tasik Pedu yang menjadi kawasan tadahan air utama bagi kawasan utara semenanjung.
Dulu ketika Kedah ditadbir BN di bawah Datuk Seri Syed Razak, pernah ada cadangan untuk membalak di kawasan tersebut secara sistematik yang melibatkan 3 batang balak secara berjadual. Namun mengenangkan anak cucu dan alam sekitar, hasrat tersebut dibatalkan secara total.
Namun tidak sampai 5 tahun Kedah ditadbir PAS, kawasan yang diharamkan BN untuk sebarang aktiviti balak itu telah “didogolkan” Azizan Razak tanpa rasa bersalah dan secara automatik landskap di kawasan itu bertukar wajah!
Bila ditegur tentang pembalakan rakus yang tidak memikirkan masa depan dan sistem ekologi itu, Azizan Razak terpaksa menyuruh Setiausaha Politiknya, Sanusi Mohd Nor untuk menjawab kontroversi PAS merosakkan Kedah itu.
Mungkin berlatar belakangkan pengalaman sebagai “land surveyor”, Sanusi selamba “badak” menjawab dan “confident” mengatakan bahawa “tidak ada setitik pun air dari kawasan balak tersebut yang masuk dan mencemarkan empangan Pedu”…
Pada saya, jawapan dari “pakar balak PAS Kedah” itu jelas menunjukkan bahawa dia hanya melihat pada “surface” sahaja dan dia fikir rakyat Kedah semuanya jenis bodoh-bodoh belaka seperti pak-pak lebai yang dia perbodohkan selama ini.
Untuk menunjukkan kedunguan jawapan dari Setiausaha Politik yang menjadi kesayangan Azizan Razak itu, saya fikir memadai dengan merujuk kepada gambar di atas. Kalau susah sangat nak faham, maka dia sepatutnya pergi sekolah semula dan tajamkan otaknya..
Hanya sekali saja kesilapan rakyat Kedah yang memilih PAS dan sekali saja kesilapan para penyokong UMNO yang enggan turun mengundi pada PRU ke-12 yang lalu, telah menyebabkan negeri Kedah kehilangan lebih 15,000 hektar kawasan hutan simpan kekal di seluruh negeri itu.
Bukan hanya di Pedu, PAS Kedah juga membolot hasil balak sehingga licin di kawasan hutan simpan kekal di Gunung Inas di Baling, Bukit Perak di Pendang dan banyak lagi kawasan-kawasan yang menjadi mangsa pak-pak lebai PAS ini.
Kalau sebatang dua saja yang ditebang, tak mengapalah juga. Tapi yang melampaunya, mereka rompak balak di hutan-hutan itu tanpa meninggalkan sebatang pokok kemucup sekali pun! Licin, botak sebotak-botaknya..!!!
Itu baru Kedah yang dijajah PAS. Kedah yang ada sedikit kawasan hutan pun ditarah sampai “togel” oleh pak-pak lebai kulup PAS itu. Bayangkan kalau PAS dapat menjajah Pahang dan Sarawak, silap-silap kedua negeri itu akan jadi “gurun Sahara” diratakan mereka.
Begitulah bila kuasa sesebuah negeri jatuh ke tangan orang yang bukan “ahli” dan mampu mentadbir dengan baik, bagaikan “beruk dapat bunga”, dia rosakkan apa saja yang ada ditangannya tanpa memikirkan akibat atau kesan di sebalik tindakannya.
Bila ditegur, PAS kata kita cuba memperlekeh dan memburuk-burukkan mereka. Kalau tak ditegur, makin menjadi-jadi mereka menjahanamkan negeri Kedah sehingga melibatkan kehilangan dan kerugian besar dalam jangka masa yang panjang.
Payah benar bila bercakap dengan golongan “bodoh sombong”. Tiada cara lain, rakyat Kedah kini termasuk para penyokong PAS di akar umbi sudah nekad untuk mengembalikan Kerajaan Kedah kepada BN. Kami sudah serik dengan rejim PAS Kedah..!!!
SUMBER MYKMU
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda