Friday, 14 December 2012

HOT !! PUSAT HIBURAN UNTUK SERVIS VIP PR SELANGOR DISERBU




Sebuah pusat hiburan eksklusif berlokasi di Dataran Sunway, Kota Damansara dekat di sini dikesan menggunakan khidmat pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga asing untuk menarik pelanggan.

Dalam serbuan yang dilakukan malam kelmarin, pihak Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman berjaya memberkas 11 GRO terdiri daripada warga Thailand, Vietnam dan Filipina.

Ketua Operasi, Inspektor Muhammad Mohd Jais berkata, serbuan dilakukan hasil risikan yang dilakukan pihaknya sebelum ini.

Menurutnya, siasatan mendapati pusat hiburan itu masih mendapat sambutan meskipun bayaran perkhidmatan GRO yang dikenakan mencecah RM300 hingga RM600 semalam.



“Kita mendapati GRO yang bekerja di sini turut menawarkan perkhidmatan seks dan pelanggan bebas membawa mereka keluar dengan syarat perlu membayar wang tambahan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati, ke semua wanita berusia 20 hingga 37 tahun itu masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial serta ada yang menggunakan pas pelajar.

"Pemilik pusat hiburan berusia 52 tahun turut ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.

"Pemeriksaan turut melibatkan 15 pelanggan yang berada di dalam premis terbabit," katanya.

Ke semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 iaitu kesalahan menyalahgunakan pas lawatan sosial dan Seksyen 55(b) Akta Imigresen 1963 iaitu kesalahan mengambil atau menggaji warga asing yang tidak memiliki pas yang sah.

MTK 
Ce tanya Ronnie liu dia tau ka taktau ??

2 comments:

  1. SALAM PERJUANGAN

    Pohon dipautkan http://mrmontero.blogspot.com dalam blog tuan

    Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Salam,

    mohon tuan pautkan blog saya www.spermakini.blogspot.com ke medan tempur untuk sama2 kita bertempur.
    terima kasih.

    ReplyDelete

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda