Tak perlu kata apa apa lagi tentang pendirian PKR dalam hal ini, mereka tetap menghalalkan saja apa yang diminta oleh abang besar mereka untuk membenarkan kalimah Allah digunakan dalam kitab bibble untuk penduduk di Sabah dan Sarawak..
Dalam isu ini mereka mengikut jejak langkah Pas supaya orang kristian di Malaysia layak mengunakan kalimah Allah..
Inilah pejuangan kebebasan beragama dalam PKR yang diperjuangkan oleh Anwar dan Nurul Izzah..Skrip skrip untuk isu ini sudah ada dalam simpanan mereka..Cuma jurucakap hanya mengulang saja apa yang ditulis oleh mereka..
PKR hari ini mengambil pendirian yang sama dengan PAS apabila menegaskan penggunaan perkataan 'Allah' boleh digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.
Sekaligus dilihat pendirian ini mendokong gesaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mahu perkataan 'Allah' digunakan di dalam AlKitab (Bible).
Ketua Penerangan, Dr Mohamad Nor Manuty yang dihubungi portal berita ini tadi sependapat dengan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan dan tidak berganjak daripada pendirian tersebut.
"Bagi PKR, kita gunapakai pendirian lama, mudah saja.
"Pendirian PKR maksud saya sama dengan PAS, sama dengan jawapan Hassan Tantawi," katanya.
Bagaimanapun PAS menegaskan penggunaan perkataan Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab wajar dielakkan supaya ia tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama di negara ini.
Diminta mengulas lanjut bersabit gesaan terbaru atas prinsip-prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi dan integriti yang datang daripada Setiausaha Agung DAP itu, Manuty bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
"Tak payahlah, dah selesai dah, cukuplah," katanya.
Ketika ditanya mengenai pendirian PKR, Manuty menegaskan isu ini pernah dibincangkan sebelum ini dan parti itu masih berpegang pada pendirian yang sama.
"Kita dah bincang perkara ini, tak payahlah dibincangkan lagi dah perkara ini," katanya.
Dibawah ini pula kenyataan Pok Nik Ajis sebelum ni
Ini pula jawapan Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Harun Din yang jauh lebih baik dari Pok Nikky Ajis
Kalimah Allah pun Pas dan PKR boleh jual, apatah lagi Agama Bangsa dan Negara .. Nampaknya agenda untuk jadikan Malaysia sebuah negara republik dan mengantikan agama rasmi persekutuan makin terlaksana jika mereka dapat ke Putrajaya ..
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda