Thursday, 22 November 2012
PAS Sudah Bersedia Doakan Kehancuran DAP dan PKR
Mendoakan kehancuran pihak lain atas alasan menolak Islam kerana menolak hudud dianggap wajar bagi PAS. Meletakkan ‘hudud’ sebagai asas agama Islam, PAS mengisytiharkan permusuhan kekal ke atas UMNO bagaikan satu jihad yang jauh lebih besar dari menentang iblis dalam diri sendiri mahupun jihad menentang puak Yahudi yang memusuhi Islam sehingga ke-akhir zaman.
Ini terbukti apabila seluruh dunia sedang sibuk mengecam tindakan Zionis menyerang orang-orang awam Palestin, PAS pula sedang berdoa bersungguh-sungguh mengecam UMNO dalam solat hajat dan doa PAS ketika di penghujung Muktamar ke 58.
Doa tersebut jelas memfokuskan hanya kepada dua perkara iaitu menghancurkan UMNO dan menakluki Putrajaya. Alasan PAS, kononnya hanya dengan cara itu, maka Islam dapat ditegakkan iaitu melalui perlaksanaan hudud oleh PAS.
Masalahnya, UMNO bukan satu-satunya penghalang PAS untuk berkuasa penuh dan melaksanakan hudud. Tetapi PAS juga terpaksa melangkah mayat Karpal Singh dan menghancurkan Anwar Ibrahim yang mana PAS cukup sedar walaupun terpaksa mendiamkannya.
Namun, dengan semangat baru Muktamar ini, PAS nampaknya telah bersedia untuk menghancurkan sesiapa saja yang menyukarkan perjalanan mereka untuk berkuasa sepenuhnya, termasuklah DAP dan PKR juga. Dengan itu, PAS nekad mengangkat Hadi Awang sebagai personaliti paling layak menjadi Perdana Menteri sekali gus mengingkari persetujuan yang dibuat bersama Pakatan Rakyat iaitu jawatan itu adalah milik Anwar Ibrahim.
Benar, ini mungkin kelihatan seperti strategi PAS untuk menenangkan akar umbi yang semakin lantang mengkritik perjuangan PAS kerana telah jauh tersasar dari landasan asal. Mungkin tindakan menjulang Hadi Awang sebagai PM hanyalah gimik PAS untuk memujuk akar umbi agar kembali memberi keyakinan kepada kepimpinan dalam menghadapi Pilihanraya. Mungkin strategi gimik ini direstui oleh Anwar dan juga DAP.
Jika ini semua hanya strategi untuk memastikan sokongan Melayu terhadap PAS, maka pastinya Melayu akan tertipu nanti kerana akhirnya yang menjadi Perdana Menteri tetaplah si peliwat dan penzina iaitu Anwar Ibrahim dan bukannya Hadi.
Tetapi, jika laungan PAS itu benar, maka yang tertipu adalah DAP seluruh kaum Cina yang menyokong mereka kerana percaya bahawa DAP mampu menguasai PAS dan membonekakan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Justeru, apapun strategi PAS dalam menjulang Hadi Awang sebagai PM, salah satu pihak penyokong PR, iaitu Melayu ataupun Cina, akan pasti tertipu. India tak payah cakaplah kerana mereka telah lama tertipu oleh kerajaan PR di negeri-negeri yang diperintah parti itu.
Bukan rahsia bahawa DAP dan PKR memandang remeh dan hina terhadap PAS, iaitu antara punca akar umbi PAS resah dan meragui kepimpinan mereka. Pemimpin-pemimpin PAS tidak mampu memerintah adalah satu hakikat atau fakta yang tidak dapat dinafikan sesiapa melainkan penyokong-penyokong jumud mereka. Kelantan dan Kedah adalah bukti jelas kelemahan PAS. PAS tidak punya pemimpin yang berkaliber dan berkarisma walaupun untuk menjadi pemimpin kecil, apatah lagi pemimpin besar dan Perdana Menteri.
Hadi Awang juga terkenal dengan ‘tidak tahu apa’, sama seperti Nik Aziz dan Azizan Razak. Orang nombor dua PAS juga lebih teruk lagi begitu juga pemimpin-pemimpin muda yang dilihat tidak lebih dari pemimpin kampung, tidak pernah bergaul, bersaing dan melihat dunia dari sudut yang luas, melainkan dari bawah tempurung serban mereka.
Justeru, kita tidak boleh membayangkan mereka-mereka ini memerintah negara, memahami strategi politik antarabangsa, menangkis kelicikan musuh-musuh negara dan menghadiri forum-forum ekonomi dunia.
Namun, DAP dan PKR mungkin tersilap hitung akan kelemahan dan kebodohan atau kejahilan PAS itu. Kita sedia maklum bahawa kejahilan adalah merbahaya. Ekstremisme berpunca dari kejahilan, begitu juga sikap ‘amuk’ berpunca dari kebodohan. Tragedi Memali dan Sauk adalah contoh apa yang mampu terjadi akibat jahil atau bodoh.
Manusia jahil atau bodoh mudah terbawa-bawa oleh emosi dan hilang pertimbangan. Lebih buruk apabila si bodoh juga bersikap sombong, angkuh atau takbur. Apabila manusia begini mendapat kuasa, maka yakinlah yang mereka hanya akan membawa kemusnahan semata-mata.
Bayangkan apabila semangat juak-juak PAS yang jahil ini untuk melihat Hadi Awang menjadi PM jika PR menang tidak menjadi nyata. Dan kemudiannya hudud pula tidak dilaksana, malah PAS kembali akur kepada DAP dan PKR menjadi pak turut, barua atau anjing suruhan. Bayangkan amukan semangat jihad juak-juak PAS yang mendambakan hudud dan Negara Islam yang dicantas oleh kerajaan PR. Tidak mustahil mereka akan menghancurkan negara ini sebagaimana mereka mendemonstrasikannya kepada kita dalam demonstrasi Bersih.
Bagaimanapun, ini adalah senario yang agak mustahil.
Kita menyatakannya mustahil bukan kerana kita yakin yang PAS mampu menguasai DAP dan PKR jika memerintah, tetapi kerana PAS bertanding tak cukup kerusi pun untuk memastikan Hadi Awang menjadi Perdana Menteri. Pemimpin PAS sebenarnya hanya bermain dengan emosi penyokong-penyokong mereka yang jahil yang tidak pernah mengambil pusing soal fakta dan angka. Penyokong-penyokong yang enggan memahami bahawa rekod jumlah kerusi ditandingi ataupun jumlah kerusi dimenangi sebelum ini tidak memungkinkan PAS melantik pemimpin mereka menjadi PM. Begitu juga enggan bertanya lanjut mengenai jumlah kerusi yang akan ditandingi atau berpotensi untuk dimenangi dalam PRU kali ini.
Apapun, yang pastinya, dalam kejahilan mereka, hati mereka telah menetapkan untuk memastikan PR menang dan PAS menjadi tonggak kuasa. Untuk itu, mereka pastinya bersedia mendoakan kehancuran DAP dan PKR pada bila-bila masa.
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda