Nampaknya slogan negeri berkebajikan semangnya retorik Pas semata mata, selama empat tahun memerintah akhirnya pewakilan Pas dari Kedah merangkap Ketua Penerangan Muslimat Pas Kedah mendedahkan Kerajaan Pas Kedah gagal menjaga kebajikan golongan wanita di Kedah..
MTK dedah sikit kat sini antara janji janji manis manifesto Pas Kedah pada PRU 12 yang lalu
Patutlah Ketua Penerangan Muslimat Pas ni marah sebabnya kesemua janji janji manis Pas untuk kaum wanita di Kedah tidak ditunaikan oleh Kerajaan Pas Kedah..
Kerajaan Pas Kedah dikritik kerana masih gagal menjaga kebajikan golongan wanita di negeri itu serta mengiktiraf mereka yang banyak berjasa meskipun telah memerintah selama empat tahun.
Perwakilan Kedah, Sarina Ismail berkata, Kerajaan Pas Kedah sepatutnya membuka lebih banyak peluang kepada wanita untuk mencari sumber pendapatan sendiri selain membelanjakan hasil negeri terutama dalam industri balak kepada golongan itu bukannya sebaliknya.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan setiap pemimpin Pas agar tidak lupa diri dan menggunakan jawatan yang ada demi kepentingan peribadi sebaliknya kembali kepada perjuangan asal membela ummah.
"Di Kedah kami masih setahun jagung berbanding di Kelantan. Kita dapati masih ramai wanita yang kurang berkemampuan terpinggir mendapat hak mereka terutama sekali hak-hak kebajikan dan dengan ini perlu kebijaksanaan muslimat di kawasan masing-masing agar golongan ini dapat dibantu.
"Selain itu kita perlu mengiktiraf golongan wanita yang banyak jasanya kepada masyarakat seperti guru al-Quran dan bidan kampung dengan memberi bantuan sewajarnya tanpa mengira fahaman politik," katanya.
Sarina berkata demikian ketika ucapan penangguhan membahas ucap tama Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd. Yusof pada Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Ke-52 di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) sini hari ini.UTUSAN
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda