Friday, 2 November 2012

PANASS !! RASUAH UNTUK DAPAT PROJEK PEKARA BIASA DALAM PAS KEDAH ??


Inilah amalan Pas Kedah selama ini yang mengunakan pelbagai cara untuk dapatkan sesuatu projek diluar bahkan didalam negeri sekali pun dengan merasuah atau mengunakan wang untuk melobi projek..

Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang membuat laporan SPRM di Putrajaya baru baru ini berhubung isu projek pembalakan dan perladangan di Papua New Guinea yang didedahkan dala laporan audit negara.

Keng Liang berkata, banyak keraguan timbul apabila Laporan Ketua Audit Negara 2011 menyebut terdapat pembayaran goodwill (sogokan/penghargaan) kepada vendor bagi kerja-kerja yang dilakukan di Papua New Guinea seperti meneroka tanah, melobi menteri dan tuan tanah.



Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan Kedah Corporation Berhad (Kedah Corp), anak syarikat Perbadanan Menteri Besar mengalami kerugian RM13.49 juta selepas pelaburan dalam projek pembalakan dan perladangan di negara itu bernilai RM31.21 juta menemui kegagalan.

Sebenarnya kaedah lobi melobi ni bukan baru dalam Pas, malah ada beberapa projek sebelum ini pun mereka gunakan kaedah yang sama tak kira samaada mereka melobi atau dilobi oleh pihak luar..

Kadang kadang geram jugak dengan otak jumud puak puak Pas ni..Kalau depa buat tak jadi masalah..Tapi bila BN buat dah tentu ada demo depan Wisma Darul Aman tu..

Memang gila betul la puak Pas ni, bayar duit lobi projek kat menteri Papua pun dah berjuta juta dibelanjakan..Tapi hasilnya habuk pun takdak..

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda