Thursday, 15 November 2012

KHALID SAMAD KATA AHLI PAS MACAM ANJING KURAP ??



PAS tidak lagi mampu menutup masalah dalaman parti itu yang semakin hari semakin kronik. Masalah parti itu bukannya masalah biasa seperti pertelagahan atau pertentangan pendapat antara pemimpin, tetapi ia adalah jauh lebih serius kerana ia melibatkan prinsip dan pendirian yang membawa kepada jati diri dan hala tuju parti.

Masalah PAS bermula apabila parti tersebut bekerjasama dengan DAP dan menjadi semakin parah apabila kumpulan Anwarinas mula menguasai. Dari situ, roh Islam PAS yang sedia celaru menjadi haru-biru apabila jin liberal dan kafir harbi mengambil-alih parti. Hari ini, PAS adalah umpama jasad tanpa roh kerana telah dirasuk sepenuhnya oleh Anwar dan juga DAP.

Hakikat ini semakin terserlah apabila Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Samad secara terang-terangan ‘menganjing-kurapkan’ ahli-ahli PAS hanya kerana mereka mengkritik parti dalam wacana “Mengembalikan PAS ke Landasan Asal”.

Menurut Khalid, PAS tidak pernah tersasar dari landasan sebagaimana kritikan dan kebimbangan sebahagian besar ahli-ahlinya. Khalid kemudiannya menuduh ahli-ahli yang terlibat itu sebagai golongan tidak berpuas hati atau kecewa serta merupakan bekas ahli PAS, sekali gus menolak 11 resolusi yang dicapai dalam wacana tersebut sebagai tidak mewakili akar umbi.



Nampaknya, kenyataan Khalid tersebut langsung tidak membantu PAS dalam memulihkan keyakinan di kalangan akar umbi, tetapi menyebabkan parti tersebut terperosok lebih jauh ke dalam konflik rohaniahnya yang sedia parah.

Norman Toha, iaitu bekas Setiausaha PAS Selangor yang merupakan antara yang hadir ke wacana tersebut menjelaskan bahawa majoriti peserta wacana adalah ahli dan penyokong PAS dari serata negeri di Malaysia. Mereka hadir kerana ingin mempertahankan perjuangan asal parti untuk menegakkan Islam dan melaksanakan hudud. Mereka hadir untuk meluahkan kekecewaan dan pandangan akar umbi terhadap pemimpin PAS berkenaan kerjasama dengan DAP dan PKR yang jelas merugikan PAS.

Mereka juga bimbang dengan kelemahan PAS dalam menghadapi tekanan liberalisme dan pluraslisme yang dibawa kedua parti sekutunya.

Segala pandangan akar umbi ini juga ditolak mentah-mentah dengan penuh penghinaan oleh Khalid Samad. Kononnya, tiada masalah di dalam PAS, kononnya PAS masih memperjuangkan Islam, kononnya PAS adalah parti dominan dalam Pakatan Rakyat.

Namun, akar umbi PAS tahu siapa Khalid Samad iaitu antara dalang menutup masalah murtad yang meruncing di Selangor. Khalid Samad sentiasa ke hadapan untuk menyelamatkan dan mengukuhkan hubungan PAS dan DAP apabila tercetus pertelingkahan. Kata orang, jin yang bernama Khalid Samad ini, satu kakinya di dalam PAS, satu kaki di dalam DAP tetapi kepalanya kekal berada bersama Anwar.

Yang dijaga Khalid adalah DAP kerana parti itulah yang bakal memberi kerusi terbanyak kepada PR. Yang disanjung Khalid adalah Anwar Ibrahim kerana beliaulah Perdana Menteri yang bakal mengubah struktur sosial dan agama di Malaysia dan memberikannya jawatan.

Tetapi, yang diperanjing-kurapkan adalah pemimpin dan ahli PAS yang mampu menggagalkan cita-citanya.

Kita simpati melihat ahli-ahli PAS dan pemimpin PAS yang diperlakukan sebegitu hina tetapi, kita tidak dapat menyalahkan Khalid jika menghina mereka.

Mana tidaknya, jika sudah tahu yang jalan yang dibawa itu adalah salah, kenapa masih terus menjadi penumpang? Kenapa masih terus tersorong-sorong pipi kepada PKR? Kenapa masih melangut mengharapkan belaian kasih DAP? Kenapa masih terus merayu, merengek mengharapkan pemimpin-pemimpin PAS yang dirasuk itu pulih kembali?

Jika pemimpin-pemimpin yang kononnya alim ulama bertaraf wali juga begitu mudah dirasuk sehingga lupa diri dan tersilap jalan, maka apakah hukumnya jika ahli yang sedar membiarkan diri terus dipimpin oleh mereka?

Bukankah tahap kesetiaan juga harus ada hadnya? Jika setia membuta tuli sehingga sanggup ke lubang tahi, maka salahkah jika Khalid Samad menganggap akar umbi PAS semuanya bagai anjing-kurap sahaja? Khalid Samad berani berbuat demikian kerana beliau tahu, apa pun yang dikatakannya dan ke mana pun PAS dibawa oleh sekutunya, penyokong-penyokong dan ahli PAS akan tetap setia.

Hatta, walaupun jika mereka dipimpin ke neraka, ahli PAS akan sanggup bertegang leher dengan sesiapa sahaja yang mempersoalkannya, sambil menegaskan bahawa itulah sebenarnya syurga.

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda