Thursday, 1 November 2012

HOT !!! LEKA MENGURUT BATIN HINGGA TAK SEDAR PREMIS DI SERBU !!




Hebatkan negeri yang ditadbir kerajaan pakatan republik ni..Tiap tiap hari mesti ada saja serbuan dibuat keatas premis premis macam ni oleh PBT atau PDRM..

Lepas serbu ngatkan makin kurang tapi makin menjadi jadi pulak..Sampai ada tokey tokey pusat urut ni buat dalam hutan kerana takut kegiatan haram mereka dikesan..


RAWANG-Taktik pemilik sebuah rumah urut yang berselindung di sebalik pusat refleksologi berjaya dihidu penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dalam operasi yang dijalankan sekitar sini, semalam.

Rumah kedai tiga tingkat itu dipercayai turut menawarkan urutan batin melalui penemuan empat bekas cecair pelincir yang digunakan.

Selain itu, dua pekerja tukang urut berasal dari China turut ditemui di premis berkenaan ketika sedang melayan pelanggan di tingkat tiga.

Manakala di tingkat dua, dua pintu tersembunyi ditemui dipercayai tempat pekerja warga China itu menyorok sekiranya terdapat serbuan daripada pihak berkuasa.

Difahamkan, premis yang beroperasi lebih setahun itu pernah diserbu polis awal tahun ini namun masih beroperasi seperti biasa.

Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPS merangkap Ketua Operasi, Megat Ainul Fadzlil Ainul Fadzil berkata, dua pusat refleksologi di Rawang Sentral disita selepas beroperasi tanpa permit sejak tahun lalu.

“Penguatkuasaan dilakukan di bawah Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Kesihatan (2007) dan sebanyak RM1,000 dikenakan atas kesalahan itu.

“Barang rampasan melibatkan 20 tilam, tiga set urut kaki dan cecair urutan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda