Wednesday, 14 November 2012

HOT !!! KULIM HUB MAKSIAT DI KEDAH ? #TUKARKEDAH




Seramai enam wanita warga asing berusia di antara 20 hingga 40 tahun dipercayai bekerja di pusat hiburan tidak berlesen ditahan kirakira jam 2.30 pagi, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, semua wanita ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk menjalani ujian saringan air kencing.

Menurutnya, serbuan dilakukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik itu adalah untuk memastikan pemilik premis mematuhi undang- undang ditetapkan, selain tidak menjual dadah atau pil khayal di pusat hiburan mereka.



“Polis akan membuat serbuan terhadap semua premis yang menjalankan aktiviti tidak sihat. Ini termasuk pusat urut dan salon kecantikan yang menawarkan perkhidmatan seks.

Sehingga kini orang awam banyak membantu dalam menyalurkan maklumat tentang perlakuan jenayah yang berlaku di sekitar Kulim.

"Saya ingin menasihatkan kepada mana-mana pemilik premis terlibat supaya tidak melakukan sebarang perbuatan menyalahi undang-undang.

Kami memandang serius permasalahan ini dan sudah mengenal pasti beberapa premis dipercayai menjalankan aktiviti tidak sihat tetapi berselindung di sebalik perniagaan lain,” katanya.

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda