Wednesday, 21 November 2012

GEMPARR !!! ANAK ANAK DIDIK TENTERA ZIONIS ISRAEL HANYA DI SEBERANG TAMBAK JOHOR SAHAJA



Kalau kita memandang Israel sebagai satu ancaman yang jauh, cuba pandang lagi sekali.

Israel mungkin jauh secara geografi dan peluru berpandu mereka mungkin tidak sampai ke Malaysia, namun..hakikatnya…. kembar mereka berada hanya di seberang Tambak Johor itu sahaja.

Yup…

Tentera Singapura adalah kembar kepada tentera Israel kerana mereka dilatih oleh kerajaan Yahudi itu.

Sebab itu, Israel dan Singapura kedua-duanya memiliki jumlah tentera simpanan yang tinggi dan melakukan latihan ketenteraan secara bersama setiap tahun.

Mereka juga memiliki doktrin perang yang hampir sama.



Kerjasama antara mereka telah bermula secara rahsia sejak Disember 1965 dan kekal hingga ke hari ini.

Pensyarah Sains Politik University Yale, Jim Sleeper yang memberitahu, ketika pembentukan Singapura, Perdana Menteri ketika itu, Lee Kuan Yew telah meminta Israel untuk membantu menubuhkan jentera ketenteraan republik itu.

Beliau juga menegaskan bahawa Israel memujuk Lee untuk membuat “pengerahan sejagat” untuk meneroka sumber bagi menghasilkan “tentera yang dinamik, pintar dan populasi pelajar lelaki berdisiplin”.


Disebabkan hubungan ketenteran yang begitu akrab, maka Singapura pernah mengambil sikap berkecuali daripada mengundi untuk mengutuk serangan Israel ke atas Palestin.

Jim menegaskan demikian dalam kolum bertajuk “Letakan Kesalahan Perang Arab-Israel Terkini Di Bahu…Singapura” yang disiarkan dalam blog nombor satu di dunia, Huffington Post.

Beliau menambah, Israel adalah negara ketenteraan terbesar dunia dan di tempat kedua adalah Singapura.

Seperti yang kita tahu, Israel yang ditubuhkan secara haram oleh Amerika Syarikat dan British bagi menyelesaikan permasalahan Yahudi dunia terutama di Eropah.

Israel pula menyelesaikan masalah kekurangan tanah dan kependudukan mereka dengan menjajah sebahagian lagi Palestin yang masih kekal selepas pembentukan Israel pada 1948.




Apakah Singapura yang mengamalkan doktrin forward defence policy tidak memiliki cita-cita yang sama agaknya?

Jangan hendak menipulah kalau Singapura yang terang-terangan mendiskriminasi Melayu dalam sistem kententeraannya tidak mahu melihat serpihan PAP (parti pemerintah negara itu) yakni DAP naik memegang kuasa di negara ini?

Secara lojik mampukah anda kata tidak…itu tidak benar?

Kita semua tahu betapa mereka memiliki kerjasama yang amat erat dengan DAP.

Cuma sejauh mana mereka sanggup pergi untuk membantu DAP yang menjadi persoalannya.

Apa pun…antara Singapura dan Israel…mereka memiliki segalanya yang sama….

Mentaliti negara kecil yang ketakutan dan merasakan dikelilingi musuh yang akan menyerang pada bila-bila masa…. kepada keinginan Israel untuk membantu Yahudi di mana-mana sahaja dengan kesanggupan Singapura membantu Cina walau di mana-mana.





Dengan sikap orang Islam mendoakan kehancuran orang Islam yang lain seperti yang dipertontonkan oleh PAS baru-baru ini…akan memudahkan lagi Singapura berubah menjadi Israel sepenuhnya di rantau ini.

Itu belum lagi mengambil kira elemen-elemen yang memainkan peranan untuk merosakkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia.

Tidakkah anda terfikir siapa yang paling beruntung jika Malaysia bermusuh dengan Indonesia?

Jim Sleeper sendiri melabelkan Singapura sebagai Israel Asia Tenggara.

Jadi…KALAU ANDA RASA KONFLIK ISRAEL-PALESTIN ITU JAUH….FIKIR KEMBALI OK!
Oleh: AK-47

MYNEWSHUB

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda