Saturday, 24 November 2012

1278 PUSAT HIBURAN !! TAHNIAH KHALID GAGAP DAN RONNY LIU !



Rakyat negeri Selangor sepatutnya berbangga dengan pengumuman Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu bahawa negeri itu kini memiliki sebanyak 1,278 pusat hiburan sejak Pakatan Haram memerintah pada Mac 2008 hingga kini.

Dengan wujudnya ribuan pusat-pusat hiburan itu saya yakin bahawa rakyat di seluruh negeri Selangor merasa sangat “berkebajikan” dan “Islamik”, bukan?

Apatah lagi menyedari bahawa pusat-pusat hiburan seperti disko, kelab dangdut, pusat karaoke, pub dan bistro menghiasi di seluruh kawasan kediaman dan bandar-bandar di negeri yang pesat membangun bersama Pakatan Haram itu.

Selain itu, turut melengkapi pusat-pusat hiburan itu, negeri Selangor mungkin boleh berbangga dengan 179 pusat-pusat refleksologi, aromaterapi, fisioterapi, spa, sauna atau nama “glamour”nya “rumah urut best!”.

Mahukah rakyat Selangor berterima kasih kepada Ronnie Liu dan kerajaan pimpinan Khalid Samad yang dibantu oleh golongan PAS yang kononnya “mereka saja yang beragama Islam” di dunia?



Saya terbayangkan bagaimana para remaja dan generasi akan datang sedang terkinja-kinja menari di “ballroom” disko sambil meneguk air minuman keras yang berbuih-buih di tangan masing-masing.

Di dalam poket seluar jeans mereka terselit beberapa biji pil berwarna-warna yang mampu membuat mereka mengoyangkan kepala lebih ligat tanpa merasa pening atau penat!

Di sebalik neon bekerdipan di dalam pusat hiburan itu kelihatan beberapa pasangan anak muda yang mengenakan pakaian yang nipis dan seksi sedang melakukan aktiviti-aktiviti tidak bermoral dan menaikkan nafsu syahwat syaitan.

Begitu juga di bangunan seberang sana terdapat beberapa lelaki separuh umur berhidung belang sedang mendongak ke arah beberapa rumah kedai berpapan tanda “tapak kaki” dan memikirkan rumah urut mana yang menawarkan “servis yang lebih istimewa”?

Ada pula beberapa orang lelaki yang sebaya dengan Khalid Samad sedang meninjau-ninjau di kedai-kedai urut itu mengintai premis manakah yang menawarkan gadis mengurut yang lebih seksi dan cantik.

Kedengaran juga beberapa suara sumbang anak-anak muda lelaki dan perempuan di sebuah rumah kedai dua tingkat tidak jauh dari kawasan kediaman yang sedang “beradu suara” di dalam beberapa buah bilik khas sebelum mereka “beradu tenaga” kemudiaannya.

Dan sepanjang empat tahun Pakatan Haram memerintah negeri Selangor yang termaju di negara ini, itulah yang sedang berlaku kepada masyarakat negeri itu tidak mengira sama ada mereka Islam, Kristian, Buddha, Hindu atau tidak beragama.

Sepanjang empat tahun Khalid “Gagap” mentadbir Selangor, gejala sosial dari pusat-pusat hiburan yang diluluskan itu juga membuahkan hasil seperti lesbian, gay, biseksual, transgender dan homoseksual begitu “meriah” disokong Ambiga dan konco-konconya.

Persoalannya, apakah ini model “negeri kebajikan” yang diinginkan oleh setiap warganegara di negara ini?

Apakah mengambil contoh dan hobi Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, yang begitu sinonim dengan aktiviti-aktiviti hiburan tidak bermoral itu maka rakyat Selangor sanggup membiarkan budaya tidak bermoral itu bersarang di dalam hidup mereka?

Saya tidak fikir semua individu yang waras di Selangor setuju dengan kewujudan pusat-pusat hiburan “kebajikan” yang dipelopori oleh Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor itu.

Sudahlah menjadikan Selangor sebagai sarang hiburan tidak bermoral tanpa sempadan, Ronnie Liu meminta pula pihak PDRM dan pihak berkuasa membantunya memantau maksiat yang berleluasa serta diluar kawalannya itu?

Sudah diluar kawalan baru teringat nak minta tolong polis? Tak malukah? Bukankah Pakatan Haram selama ini mengutuk dan sering menghina semua anggota polis di seluruh Malaysia? Mengapa Ronnie Liu tak minta tolong pada Zionis Israel kesayangan Anwar Ibrahim tu? Pergi laaa..!

sumber mykmu

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda