Monday, 15 October 2012

TUDIAA !! APEK DAPAT 3 JUTA JIKA PINDAH KELAB




Khabar angin hari ini terbaru ada menyebut yang pemain bola sepak ini bakal menjadi pemain termahal Malaysia selepas Safee Sali yang mencipta nama di Indonesia.

Harian Metro hari ini ada menyebut yang Khairul Fahmi Che Mat telah di’tawarkan sehingga RM3 juta untuk berpindah dari Kelantan walaupun kontrak masih berbaki 3 tahun.

Bayaran RM3 juta itu termasuk RM800,000 sebagai pampasan menebus kontrak beliau kini bersama Kelantan dan khabarnya tawaran itu datang dari negeri Johor.



Khairul Fahmi Che Mat bagaimana pun enggan mengulas lanjut tentang kisah ini selain mengatakan yang beliau masih komited dengan kerjaya beliau bersama pasukan Kelantan.


“Saya perlu menghormati kontrak (bersama pasukan Kelantan) yang masih ada. Saya tidak tahu bagaimana cerita ini timbul dan enggan memikirkannya,” ujar beliau ringkas.

Jika transaksi perpindahan kelab ini benar benar terjadi, Khairul Fahmi Che Mat bakal menjadi pemain tempatan yang termahal selepas Safee Sali yang menerima kontrak RM2 juta daripada kelab bolasepak Pelita Jaya FC.ROTIKAYA

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda