Friday, 5 October 2012

Misteri Air Empangan Sungai Selangor Menyusut





Selasa lalu, Mynewshub.my menyiarkan gambar dan berita mengenai Empangan Sungai Selangor dekat Jalan Kuala Kubu Bharu yang mana jumlah airnya sudah pun menyusut sehingga 40 peratus.

Hari ini kami meletakan sebuah gambar baru yang memperlihatkan perbezaan situasi air di empangan itu beberapa bulan yang lalu dengan situasi terkini.

Sangat jelas bukan perbezaan itu.

Situasi kehilangan air dalam jumlah yang terlalu banyak itu kini menimbulkan persoalan dan agak misteri memandangkan negara ini secara umum dan negeri Selangor secara khususnya belum mengalami sebarang musim kemarau.

Gambar-gambar yang diambil jelas memperlihatkan empangan berkenaan sedang melalui fasa kehilangan air takungan yang banyak.

Jadi, persoalan yang paling wajar untuk ditanya ialah, ke mana perginya 40 peratus air dalam Empangan Sungai Selangor?

Gambar besar di atas memperlihatkan satu bahagian penting di empangan itu nyata sudah hampir kering.

Sebelum ini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selalu berkata bahawa empangan-empangan di negeri itu tidak mempunyai masalah air.



Namun, mengapa Empangan Sungai Selangor dengan begitu jelas sedang mengalami kekurangan air?

Apakah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) kini terpaksa memproses air dalam jumlah yang terlalu tinggi di empangan berkenaan bagi menampung permintaan di seluruh negeri?

Orang kata biar takda elektrik jangan takda air….Empangan Sungai Selangor dah mula bagi petanda bahawa yang sebaliknya akan berlaku tidak lama lagi.

Air duk menyusut entah ke mana…siap sedialah kalau tidak ada jawapan yang munasabah.

Lihat gambar gambar sekitar empangan di Selangor kat SINI

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda