Tuesday, 16 October 2012

LAPORAN AUDIT BUKTIKAN KERAJAAN MAKIN MANTAP



Laporan Audit bagi tahun 2011 yang baru dibentangkan hari ini secara umumnya mendapat respon positif dari berbagai pihak. Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang membentangkan kutipan hasil kerajaan persekutuan sebanyak RM185.42 billion iaitu peningkatan sebanyak RM25.77 billion atau 16% berbanding 2010.

Kutipan LHDN juga meningkat sebanyak 26.7% dari tahun 2010, menjadikan jumlah hasil direkodkan pada RM109.61. Laporan juga menunjukkan prestasi Cawangan LHDNM untuk aktiviti audit bagi individu berpendapatan perniagaan adalah baik memandangkan 12 (70.6%) daripada 17 cawangan telah dapat mencapai/melebihi sasaran fail yang ditetapkan iaitu menepati Key Performance Indicators (KPI) yang ditetapkan.



Secara purata, semua jabatan dan kementerian kerajaan menunjukkan peningkatan dari segi hasil dan juga prestasi. Ini termasuklah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang berjaya mengutip duti import berjumlah RM8.704 bilion iaitu kutipan yang tertinggi dalam tempoh 5 tahun sejak tahun 2007 yang berjumlah RM5.965 bilion.

Daripada 456 Penyata Kewangan tahun 2011 terhadap kerajaan dan agensi dibawahnya yang diaudit, sebanyak 388 daripadanya telah diberikan Sijil Audit Tanpa Teguran dan hanya 25 penyata kewangan menerima Sijil Audit Berteguran kerana terdapat beberapa piawaian perakaunan yang tidak dipatuhi sepenuhnya. Manakala, baki 43 penyata kewangan lagi masih dalam proses pengauditan.

Berbanding 2010, sebanyak 368 penyata kewangan telah diberikan Sijil Audit Tanpa Teguran dan 33 penyata kewangan diberi Sijil Audit Berteguran.

Peningkatan yang direkodkan secara tidak langsung membuktikan yang program transformasi yang dilaksanakan telah menunjukkan hasil yang memuaskan.

Dengan pembentangan Bajet yang mendapat sambutan yang begitu baik dari rakyat, laporan audit ini dijangka memberi impak positif yang berganda dari segi politik kepada parti memerintah. Apatah lagi dengan pembentangan Bajet alternatif oleh pembangkang yang penuh dengan kelemahan, sokongan rakyat kepada parti memerintah dijangka meningkat dengan drastik, terutama dengan sokongan dari golongan peniaga.

Secara dasarnya, rakyat semakin yakin dengan parti memerintah, maka walaupun berpendirian atas pagar, mereka tidak akan sesekali memperjudikan masa depan dengan memilih sesuatu yang tidak pasti

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda