Monday, 15 October 2012
FUHH !! WAKIL RAKYAT PAKATAN MAMPU BELI KERETA MEWAH ?? KEMPEN TURUNKAN HARGA KERETA PKR TAK LAKU KE ?
Semalam Blog Cucu Tok Selampit ada mendedahkan perihal seorang wakil rakyat pakatan yang dikatakan telah menempah dan membayar booking sebuah kereta sport mewah yang berharga hampir sejuta itu..
petikan dari blog CTS
Gambar di atas adalah gambar kereta Porche 911 Turbo Tiptronic Coupe, yang bakal menjadi hak milik YB Puchong. Tidak sampai sepenggal menjadi Wakil Rakyat di Selangor YB Puchong sudah menempah sebuah kereta "sport" mewah. Hebat Wakil Rakyat DAP dan Pakatan Haram.
CTS tidak mengatakan YB Puchong tidak mampu membeli kereta mewah sedemikian. Dengan gaji dan elaun Wakil Rakyat Selangor berjumlah RM17 ribu lebih ditambah dengan tugasan dan perniagaan beliau di dalam syarikat guaman bapanya, beliau jauh lebih dari mampu untuk memilikinya.
Kereta berkenaan baru selesai dibuat "booking" dengan harga sebanyak RM400,000. Semua urusan tanda tangan "booking" pembelian telah selesai minggu lepas. Dikhabarkan pengeluaran kereta "recond" tahun 2006 berwarna hitam berkenaan hanya menantikan pinjaman bank diluluskan.
Nanti bolehlah YB Puchong membawa kereta berkenaan untuk melawat kawasan. YB-YB Pakatan Haram yang lain tidak berminatkah dengan kereta Porche. Bolehlah menurut jejak langkah YB Puchong dan YB Gombak.
Dasyatkan, dalam duk berkempen nak turunkan harga kereta masih sempat lagi bayar booking beli kereta sport..Kempen yang si rafizi dan nik nazmi buat tu tak berkesankah ?? Siapa kata pemimpin pakatan ni miskin ? Pencacai yang bodoh saja percaya kata kata pemimpin macam ni..
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda